Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Saturday, April 16, 2011

Proses memajak emas di Ar-rahnu Agrobank


Assalamualaikum,

Kali ni saya nk berkongsi cara2 nak pajak emas yg sudah dibeli di Ar-rahnu Agrobank. Kenapa Agrobank? Sbb servicenya yg mmg cepat, pantas, efficient serta mudah utk mereka yg pertama kali pergi memajak. Lagipun nilai pinjaman dan kadar upah simpannya yg begitu berpatutan. 

Cara2 utk pergi memajak adalah :

1)  Bawa emas anda ke cawangan Ar-rahnu Agrobank yg terdekat dgn rumah anda. Pastikan Agrobank itu ada kaunter Ar-rahnu (check sini). Kerana apa? Sbb ada Agrobank yg tiada khidmat Ar-rahnu. 


* pix flickr.com : Cawangan Ampang Point *

2)  Isi borang Permohonan Pinjaman Skin Ar-rahnu seperti dibwh. *Tips : Sebaiknya anda pecahkan emas anda kepada beberapa borang permohonan. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 4 keping emas 20g, anda boleh mengisi 2 borang yg setiap satunya untuk 2 keping emas 20g. Ini memudahkan anda untuk menebus kembali emas anda sekiranya anda tidak mempunyai wang mencukupi untuk bayar balik pinjaman.*




3)  Serahkan borang itu dan emas anda di kaunter Ar-rahnu dan pegawai disitu akan memeriksa emas anda sebelum mengeluarkan resit pajakan yg mengandungi segala maklumat berkenaan pajakan anda seperti nilai marhun, kadar pinjaman, upah simpan dll. Pinjaman boleh dipilih antara 50%, 60% dan 65%. Untuk barang kemas, pinjaman sehingga 70% dibenarkan.



4)  Tunggu utk terima duit pinjaman anda dikaunter. Duit pinjaman itu boleh anda terima dlm bentuk cash, transfer ke dlm akaun anda atau dlm bentuk cheque (sekiranya nilai pinjaman tinggi).

* pix sayhahabadiey.blogspot.com *



Yang bagusnya tentang emas fizikal ini ialah anda boleh tebus pada bila2 masa sekiranya ingin menggunakan duit. Bermakna sekiranya ingin menebus kembali emas anda 3 bulan selepas tarikh anda membuat pajakan, maka anda hanya perlu membayar upah simpan sebanyak 3 bulan. Mudah bukan? Buatlah pajakan anda sekarang kerana ianya adalah salah satu cara mengembangkan dan menambah lagi jumlah emas anda.



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com