Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Thursday, June 30, 2011

Akaun Emas UOB Bank

Assalamualaikum,


* pix singaporegoldinvestment.blogspot.com *

Sebelum ini saya ada perkatakan tentang satu2nya akaun emas di Malaysia yg patuh syariah iaitu KFH (Kuwait Financial House). Tapi 2 hari lepas, saya ada mendengar berita bahawa UOB Bank juga mempunyai akaun emas yg patuh syariah. Dan berita ini datangnya dari mulut pegawai KFH sendiri. Betul ke? Sbb yg saya tahu, akaun emas yg ada -i dibelakangnya shj adalah patuh syariah (contohnya Gold Account-i oleh KFH). Entah la. Untuk maklumat lanjut, kena tanya sendiri pegawai di UOB Bank. 

Untuk membaca tentang Akaun Emas KFH, boleh la klik sini --> Akaun Emas KFH


Berkenaan Akaun Emas UOB Bank

Pelaburan yg tenang dan selamat
  • Anda boleh membuat pelaburan emas tanpa perlu risau tentang tempat menyimpan emas dan ketika anda ingin memindahkan emas anda, juga tidak terhindar dari risiko kehilangan kerana tidak menyimpan emas fizikal.
  • Sebarang transaksi akaun emas anda akan dicatatkan.
Beza harga beli dan jual rendah
  • Perbezaan harga beli dan harga jual (spread) adalah yang terendah (sekitar RM1-2/g).
Penukaran ke emas fizikal
  • Anda boleh menukarkan emas yg anda beli samada menggunakan Premier Gold Account atau Gold Savings Account kepada emas fizikal (ianya tertakluk kepada kebenaran pihak bank --> Terasa sangsi disini kerana sekiranya kita benar2 memiliki emas yg kita beli, mengapa perlukan kebenaran pihak bank? Adakah kita boleh membeli emas melalui akaun emas walaupun pihak bank tidak mempunyai emas fizikal yg mencukupi? Jika begitu, ianya tidak lagi patuh syariah). 
  • Juga nominal conversion fee akan dikenakan diatas penukaran itu.
Pencairan yg segera
  • Bermakna anda boleh mengeluarkan cash dari akaun emas anda pada bila-bila masa semasa waktu pejabat.


Beza antara Premier Gold Account atau Gold Savings Account

* pix 1.uob.com.my *

Perlu diingat produk dari UOB Bank ini tidak insured oleh PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM). Sekiranya Akaun Emas UOB Bank adalah patuh syariah, ianya adalah yg terbaik kerana spread harga emasnya yg paling rendah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun emas di Malaysia. 

* pix 1.uob.com.my - harga pada 30 Jun 2011 *

Tetapi adakah akaun emas UOB Bank mempunyai cas-cas tersembunyi yg dikenakan sekiranya kita ingin menyimpan emas fizikal yg kita beli di bank mereka? Anda cuba cari jawapannya.


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com