Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Saturday, April 23, 2011

Bagaimana ketidakseimbangan dunia mempengaruhi harga emas?



Assalamualaikum,


Apa tu ketidakseimbangan dunia yg dimaksudkan? Ianya berkaitan bencana alam, krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik dunia. Tiga perkara yg mmg sering berlaku ini sememangnya meningkatkan harga emas dunia. 



* pix firstspousecoins.us *

Sebagai contoh, mari kita lihat harga emas semasa bencana tsunami melanda bahagian kecil Jepun. Bencana yg meragut ribuan nyawa ini sememangnya memberi mimpi ngeri terutamanya kepada rakyat di Jepun. Dari segi ekonomi pula, ia mendatangkan kebimbangan kepada hampir semua pelabur yg mempunyai aset @ pelaburan di Jepun.


*pix 3mfuture.com *

Dari graf dibwh yg diambil pada 13 Mac 2011, kita boleh lihat bagaimana harga emas naik secara drastik ke paras USD1431.60/oz


* pix econfix.wordpress.com *

Kenapa ianya terjadi? Pelabur-pelabur yg membuat pelaburan di Jepun tidak lagi mempunyai keyakinan pada saham2 mereka kerana mereka tahu saham mereka akan jatuh merudum, Jadi, mereka memilih untuk menjual kesemua saham mereka dan mula membeli emas sebagai cara untuk melindungi aset mereka. Disebabkan permintaan/pembelian emas yg tinggi oleh pelabur2 ini, maka harga emas melambung naik.

Perkara sama juga berlaku apabila berlakunya krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik dunia. 



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com