Asyik bercakap pasal emas je. Harini nak tulis berkaitan perkara asas dimana ianya memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju harga emas dunia. Maka, kita akan bercakap mengenai kemelesetan ekonomi dunia.
* pix cartoonstock.com * |
Apa itu kemelesetan ekonomi?
Kemelesetan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai penurunan ketara dalam aktiviti ekonomi yang berlarutan sehingga beberapa bulan lamanya. Dalam bahasa ekonominya ialah penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara atau pertumbuhan ekonomi sebenar yang negatif untuk dua atau lebih suku berturut-turut dalam setahun.
Kemelesetan ekonomi yang teruk atau panjang disebut sebagai Kemurungan Ekonomi (Economic Depression). Perkara paling buruk yang boleh terjadi pada sesebuah ekonomi itu yang disebabkan oleh depression yang teruk atau hyperinflasi dipanggil kejatuhan ekonomi (Economic collapse).
Adakah Malaysia menuju kearah kemelesetan ekonomi? Kita tidak akan tahu sehinggalah ianya benar-benar terjadi.
Sebenarnya sebab-sebab yang pasti menyebabkan kemelesetan ekonomi masih tidak diketahui. Namun ada beberapa sebab/penerangan tradisi berkaitan punca berlakunya kemelesetan ekonomi. Antaranya :
- Kenaikan kadar faedah.
- Keyakinan pengguna yang semakin pudar.
- Firma-firma mengurangkan pengeluaran dan memberhentikan banyak pekerja disebabkan oleh permintaan yang semakin berkurangan. Ini menyebabkan ekonomi akan menjadi lembap.
Apa yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi?
1) Kadar pengangguran meningkat
* pix paschaldonohoe.ie * |
Perkara paling ketara adalah kadar pengangguran. Semasa kemelesetan, sumbangan kepada ekonomi negara menurun. Walaupun terdapat ramai orang mencari pekerjaan diluar sana, tetapi mereka yang menawarkan pekerjaan adalah jauh lebih rendah.
2) Pasaran saham merudum
* pix darnmalaysia.com* |
Semasa kemelesetan, kebanyakkannya bersikap konservatif. Mereka yang kehilangan pekerjaan, mereka yang mengalami kerugian didalam perniagaan, mereka perlukan wang untuk menampung kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka akan menjual saham mereka untuk dijadikan wang keperluan harian mereka atau membayar kerugian perniagaan mereka. Maka, pasaran saham akan merudum.
3) Harga tanah menjunam
* pix de.toonpool.com * |
Kerana kurang permintaan dalam pasaran hartanah. Jika mereka tidak menjual saham mereka, mereka akan menjual/melelong rumah-rumah mereka. Senario ini menyebabkan mereka terpaksa menurunkan harga rumah mereka. Jika itu terjadi, ianya memberi peluang yang cerah untuk mereka memiliki rumah pada harga yang jauh lebih murah. Juga kadar lelongan yang jauh lebih rendah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah.
Bagaimana kemelesetan ekonomi memberi impak kepada kehidupan seharian anda? Bersambung...