Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Friday, April 29, 2011

Mesin ATM Emas di Dubai

Assalamualaikum,


* pix gearfuse.com *


Post ni tentang mesin atm emas yg pertama seumpamanya didunia. Mesin ni seperti vending machine lain, masukkan duit dan keluarlah barang yg dibeli. Memang mudah...


Emas apa yg dijual?


Ada 10 jenis emas yg ditawarkan didlm mesin atm ini iaitu :

                      * pix gold-to-go.com *
  • Gold Bars 1 gram
  • Gold Bars 5 gram
  • Gold Bars 10 gram
  • Gold Bars 1 Ounce
  • Krugerrand 1/10 Ounce
  • Krugerrand 1/4 Ounce
  • Krugerrand 1 Ounce
  • Kangaroo 1/10 Ounce 15 $
  • Kangaroo 1 Ounce 100 $
  • Maple Leaf 1/10 Ounce 5 $


Mcm mana nk beli?

1) Di touch screen, pilih bahasa anda. 

* pix gold-to-go.com *

2) Pilih emas jenis mana yg anda ingin beli.

* pix gold-to-go.com *


3) Buat pembayaran samada menggunakan cash, mastercard, visa, eurocard atau girocard.

* pix gold-to-go.com *

4) Kutiplah emas anda dan jgn lupa resit pembelian. Kenapa?

* pix gold-to-go.com *

Sbb sekiranya anda tidak berpuas hati dgn emas dan harga yg anda beli, anda boleh pulangkannya kembali beserta dgn resit pembelian tanpa memberi sebarang alasan utk mendapatkan balik wang anda. Kos penghantaran juga akan ditanggung. Ianya mestilah dlm masa 10 hari dari tarikh pembelian selain syarat2 lain.

Selamat ke mesin ni?

Mesin ATM yg dipanggil Gold To Go ini dilengkapi dgn ciri-ciri keselamatan seperti kamera dan pengimbas ID utk mengelakkan dari kegiatan pelaburan wang haram. Menurut pengeluar mesin ini iaitu Ex Oriente Lux, mesin ini dikatakan sebagai "largely burglar-proof and tamper-resistant."




:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com