Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Thursday, April 28, 2011

Pinjaman mudah rakyat miskin labur unit amanah


Assalamualaikum,

Mungkin artikel dari akhbar Berita Harian online dibwh tidak secara langsung berkaitan dgn pelaburan emas dan perak. Adakah ianya pinjaman yg mendatangkan keuntungan kpd rakyat? Atau hanya sekadar mainan politik? Kita sama2 fikirkan dan sekiranya ia memberi sedikit sebanyak keuntungan, apa salahnya mencuba. Tetapi haruslah dimulakan dgn mendapatkan maklumat yg mencukupi serta pengiraan yg teliti supaya tak menyesal kemudian hari.

* pix bharian.com.my *

IPOH: Kerajaan akan memperkenalkan skim baru yang membolehkan semua rakyat berpendapatan rendah membuat pinjaman mudah bagi melabur dalam dana Amanah Saham 1Malaysia sebagai antara satu langkah menabung untuk jaminan masa depan.


Skim itu yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat tidak akan membebankan rakyat kerana pinjaman diberikan untuk membuat pelaburan rendah dengan pembayaran balik menerusi dividen yang diisytiharkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun. 

Perdana Menteri ketika mengumumkannya semalam berkata, perincian skim itu sedang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta Kementerian Kewangan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

“Ini akan memperluaskan penyertaan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 (MSAM 2011), di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Dalam ucapannya, Najib berkata, tarikh 20 April semalam menandakan genap 30 tahun usia skim amanah saham pertama diperkenalkan PNB, iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) yang ketika itu dirangka khusus untuk menggembleng dana Bumiputera secara teratur dan meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

Beliau berkata, kejayaan PNB bukan setakat menubuhkan pelbagai dana unit amanah, malah mendidik rakyat, terutama Bumiputera mengenai kebaikan melabur serta melakukan transformasi minda sehingga masyarakat celik pelaburan dan mengetahui skim amanah mana yang lebih menguntungkan. 

Malah, menerusi pengumpulan dana yang besar itu membolehkan beberapa syarikat gergasi yang namanya sering dikaitkan dengan penjajah British sejak sekian lama seperti Sime Darby, Guthrie dan Island & Peninsular, berjaya menjadi syarikat milik Malaysia.

“Apa yang lebih penting ialah kita mampu menguruskan syarikat bermodal besar dengan baik serta berjaya menarik pelabur dan menawarkan kadar dividen yang menarik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun tujuan asal PNB untuk membantu Bumiputera supaya jurang perbezaan pendapatan dapat dirapatkan dan perpaduan antara kaum dipertingkatkan, atas semangat toleransi dan mengeratkan integrasi kaum, bukan Bumiputera diberi peluang menyertai skim amanah diperkenalkan agensi berkenaan.

Najib berkata, menerusi Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan sekarang pula, kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan ekonomi secara keseluruhan serta menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.

Beliau berkata, prospek berkenaan akan menarik lebih ramai rakyat untuk melabur dalam dana amanah yang memungkinkan Malaysia bakal menjadi negara pelabur skim dana amanah terbesar dunia satu hari nanti.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai, terutama pelabur kecil jangan memikirkan keuntungan cepat semata-mata, tetapi paling penting ialah melabur dalam skim yang berisiko rendah serta tidak mudah tertipu dengan pelbagai bentuk skim cepat kaya,” katanya.

Najib mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim saham tanpa lesen yang kelihatan menarik tetapi mengundang padah kepada mereka yang menyertainya. 





:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com