Wlaupun kita yakin emas akan meningkat naik dlm tempoh masa panjang, tapi klau kita tahu bila masa yg sesuai nk beli emas, ianya boleh mendatangkan perbezaan keuntungan dari 2, 3 atau mungkin 10 kali ganda.
* pix writeonnewjersey.com * |
Mmg tak ada formula nk tahu bila harga rendah, tapi mmg ada satu jangkamasa dimana harga emas selalu rendah. Bila tu? Ramai yg meramalkan waktu yg sesuai utk beli emas adalah pada musim panas.
Contohnya, carta dibwh menunjukkan purata kenaikan harga emas sejak “bull market” bermula pada 2001.
* pix seekingalpha.com * |
Dari carta kat atas, kita boleh tgk bhw bulan JUN dan OGOS menunjukkan purata return emas yg rendah, menunjukkan waktu yg paling sesuai utk beli emas.
Apa yg kita lihat pada graf itu hanyalah KEMUNGKINAN dan bukanlah JAMINAN. Terdapat juga pada satu tahun dimana bulan Jun mengalami kenaikan harga emas. Bermakna, elakkan menggunakan carta ini utk berjual beli atau mengharapkan pulangan keuntungan dlm masa singkat. Sebaliknya, gunalah kemungkinan itu utk menambah koleksi emas anda dan menunggu utk “bull market” yg seterusnya.
JADI, ada tak kemungkinan terjadinya “correction” atau penurunan harga emas pada musim panas tahun ini?
Mari kita tgk lagi. Sejak 2001, dalam kebanyakkan musim panas, harga emas bergerak lebih rendah dari nilai tertinggi bulan Mei. Wlaupun masih belum pasti utk musim panas 2011, tetapi analisis diatas tidak dpt disangkal.
Lagi satu cara utk membeli pada harga rendah adalah dgn mengetahui purata peratusan penurunan emas dan perak.
* pix seekingalpha.com * |
Graf diatas adalah analisis pada thn 2010. Purata peratusan penurunan dari nilai tertinggi pada bulan mei ke nilai terendah dlm musim panas adalah 8.9%. Penurunan terkecil adalah 2.2% dan yg terbesar adalah 27.8%. Akan tetapi, penurunan terbesar jarang diambil kira kerana mungkin harga emas akan mencanak naik sebelum ianya mencapai penurunan terbesar itu.
Perak pula lebih berisiko tetapi ianya memberi peluang yg lebih besar utk membelinya pada harga yg rendah. Purata penurunan adalah 16.6%. Penurunan terbesar adalah sebanyak 34.9%. Dlm sejarah penurunan harga perak, “correction” sbyk 10% adalah biasa dan masa yg sesuai utk membeli perak.
Kesimpulannya, walau apapun harga yg anda pilih utk membeli emas dan perak, saya hanya akan menggunakan carta diatas bersama2 keadaan semasa dunia yg berlaku. Krisis matawang di sesetengah negara pasti akan berlanjutan dan tidak dpt dielakkan lagi. Perkara terakhir yg anda pasti tidak inginkan adalah tidak mempunyai sebarang emas dan perak apabila harga emas dan perak meroket tinggi.
Jadi, seeloknya gunakanlah kaedan pemurataan dan belilah emas setiap bulan atau jika ada wang yg mencukupi.
Jangan tunggu harga turun baru nk beli, tapi beli dulu dan kemudian baru tunggu harga naik / turun (klau turun, tambah la stok emas anda).
* sumber : http://seekingalpha.com/article/215522-is-now-a-good-time-to-buy-gold *
* sumber : http://seekingalpha.com/article/215522-is-now-a-good-time-to-buy-gold *
:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke
laburdiemas@yahoo.com