Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Sunday, April 17, 2011

Emas Fizikal / Akaun Simpanan Emas ?


Assalamualaikum,

Saya ada mendapat soalan bertanyakan berkaitan membuat pelaburan menggunakan akaun simpanan emas. Adakah ianya lebih baik berbanding emas fizikal atau tidak. Soalan begini mmg harus diambil perhatian kerana jika tersilap langkah melabur, anda akan kerugian. 

Ada 2 akaun simpanan emas yg saya sedia maklum iaitu :

1) Gold Saving Passbook Account (GSPA)  -  Maybank
2) Gold Investment Account (GIA)  -  Public Bank

* pix danishgold.net *

Apabila membuka akaun ini, anda tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yg anda beli akan direkodkan didlm buku ini. Lebih lanjut bleh tgk kat Public Bank dan Maybank .

Berbalik kpd soalan antara emas fizikal dan akaun simpanan emas, mana lagi sesuai dgn anda? 

Jawapan saya : Simpan la Emas Fizikal

Kenapa ?

1) Sbb klau anda ada emas fizikal, sekiranya anda hendak memerlukan duit dgn segera, anda hanya perlu jual balik emas anda pada bila2 masa. Tetapi sekiranya anda mempunyai akaun simpanan emas, urusan jual beli hanya boleh dilakukan pada masa operasi bank shj.

2) Sekiranya harga emas jatuh, anda boleh menjual emas fizikal anda tanpa mengalami kerugian (sekiranya anda menjual emas anda dgn cara yg betul). Tetapi klau akaun simpanan emas, anda mungkin akan mengalami kerugian sekiranya harga emas dibwh harga belian anda.

3) Namun, sekiranya anda takut emas anda dicuri/dirompak, maka labur´lah dlm akaun simpanan emas. Tapi pada masa kini terdapat byk servis menyimpan emas (safe deposit box) yg memberikan harga yg berpatutan. 


* pix azhrien.blogspot.com *


Kesimpulannya, terpulang kepada anda untuk menentukan arah pelaburan emas anda. Fikir dulu sebelum membuat pelaburan kerana ianya adalah pelaburan jangkamasa sederhana / panjang. 



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com