Assalamualaikum,
Skrg ni heboh menceritakan mengenai INFLASI dimana harga barangan sentiasa meningkat dari hari ke hari dan yg terbaru adalah kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen. Wlaupun kenaikan itu dianggap sikit bagi sesetengah pihak, tapi klau dah naik selalu mmg parah la bagi golongan pertengahan dan bawahan. Maka, saya nk cerita hubungan antara inflasi dan harga emas.
* pix myglobalinvestment.com * |
Inflasi adalah suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari masa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. *wiki*
Dlm masa 5 hingga 10 thn lalu, ramai memperkatakan bhw emas dilindungi dari inflasi, dan mereka yg bijak, pandai, alert dgn maklumat itu akan melabur dlm logam berharga ini utk melindungi mereka.
Emas telah menunjukkan peningkatan yg ketara sejak thn 2000 dan pada masa yg sama masalah inflasi semakin parah sejak akhir2 ini. Dgn kata lain, harga emas naik selari dengan kadar inflasi. Bila inflasi meningkat, harga emas turut meningkat. Pada masa skrg dimana kuasa2 ekonomi dunia memperkenalkan pakej ransangan ekonomi seperti pakej ransangan ekonomi US bernilai 787 billion dollar, maka kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika sbgi contoh sesuka hati cop duit diorang dan ini sekaligus menyebabkan nilai matawang mereka turun.
Selain inflasi, kenaikan harga minyak petroleum dan penyusutan nilai matawang dolar juga akan meningkatkan nilai emas dunia. So, dpt disimpulkan bhw inflasi bukan hanya faktor yg mempengaruhi nilai emas dunia. Sekiranya perkara ini berlanjutan, kita takut suatu hari nnti duit kita tidak akan bernilai lagi. Dgn melihat perkembangan dan keadaan dunia kini, kita dpt fikir sendiri dan menilai sejauh mana melabur dlm emas dan perak itu akan membantu dan menjamin masa depan kita. Wallahualam.
:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke
laburdiemas@yahoo.com