Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Sunday, April 24, 2011

Kaitan Harga Emas, Minyak dan Matawang


Assalamualaikum,

Kenaikan minyak mempengaruhi harga emas dunia. Tu kebanyakkan org dah tahu. Bila harga minyak naik, semua org risau akan potensi berlakunya kegawatan ekonomi atau hiperinflasi. TAPI, apa reaksi anda sekiranya saya kata harga minyak mungkin tidak naik. Mungkin itu hanyalah ilusi anda semata-mata?



* pix goldinvestingnews.com *


Pada 2008, American Geological Institute (AGI) mengeluarkan satu kajian mencari hubungan antara harga minyak mentah, US Dolar dan harga emas per auns. Mereka mendapati bhw harga minyak meningkat selari dengan matawang shj. Bermakna nilai minyak tidaklah meningkat dlm erti kata kasar, sebaliknya nilai matawang yang semakin lama semakin berkurang.

* pix media.mercola.com *


Dari graf diatas, boleh disimpulkan bhw :

  • 110 Dollar diperlukan utk membeli 1 barrel minyak pada 2008 berbanding hanya 30 Dollar pada 2001.
  • 70 Euro diperlukan utk beli 1 barrel minyak pada 2008 berbanding 30 Euro pada 2001.
  • Memerlukan hanya 10 auns emas utk beli 1 barrel minyak pada 2008 dan 2001


Dgn kata lain, sekiranya matawang US berdasarkan kpd emas seperti sebelum tahun 1971, maka harga minyak dunia adalah sentiasa stabil

Sekiranya anda seorang rakyat amerika, maka anda lihat harga minyak seolah2 naik, tapi sebenarnya nilai matawang dolar yang semakin susut/jatuh.

:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com