Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Saturday, May 7, 2011

Kadar Inflasi, Malaysia dan Dunia

Assalamualaikum,

Hari ni nak bercerita berkaitan Inflasi. Di post yang lepas ada bercakap berkaitan inflasi tapi tidak secara mendalam. Kali ni, nk berkongsi lebih mendalam kadar inflasi (juga deflasi) di Malaysia dan didunia.

* pix etftrends.com *

Apa tu Inflasi? 

Merujuk kepada Wikipedia,  inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuahekonomi dari masa ke semasa.

Apa tu Deflasi?

Menurut Wikipedia, deflasi merupakan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar.


* pix emas9.blogspot.com *



Dari Table diatas, kita dpt melihat bahawa kadar inflasi di Malaysia pada 2010 telah meningkat jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Wlaupun kadar inflasi 1.67 tidak setinggi jika dibandingkan dgn negara2 dunia lain, tetapi peningkatan kadar inflasi dari tahun sebelumnya haruslah menjadi kebimbangan.

Mari kita lihat kadar inflasi bagi negara2 lain :

* pix beritasemasa.com *

Zimbabwe mempunyai kadar inflasi paling tinggi didunia dengan 12,563%. Ianya disebut sebagai hiperinflasi. Matawang mereka tidak lagi bernilai kerana mereka memerlukan beribu2 / berjuta2 Zimbabwe Dollar untuk membeli sekotak air atau sebiji telur ayam. 

* pix beritasemasa.com *

Selain itu, ada juga yg mengalami kadar deflasi seperti Burkina Faso.

Ada byk cara utk mengatasi masalah inflasi. Tapi saya nk berkongsi 2 cara bagi kita sebagai seorang pelabur :

1) Kita buatlah pelaburan dalam emas. Ini kerana harga emas akan sentiasa naik setiap tahun, sekaligus ianya dpt mengurangkan kesan ketidakupayaan nilai matawang apabila ingin membeli barangan keperluan pada masa hadapan.

2) Buatlah pelaburan yg mana ianya melebihi kadar inflasi. Contohnya membuat pelaburan dalam hartanah, pasaran equiti ataupun unit amanah. Walaupun pelaburan ini mempunyai risiko yg tertentu, tetapi dengan ilmu dan bimbingan dari mereka yg arif dan pakar dapat mengurankan risiko pelaburan anda.

* pix targetaustralia.blogspot.com *

Di Malaysia juga, kadar inflasi di sesetengah kawasan berbeza. Sbgi contoh harga sebungkus nasi lemak di kawasan luar bandar adalah lebih murah berbanding di bandar. Oleh itu, mereka yg tinggal di kawasan yg berinflasi lebih tinggi perlulah mempunyai kesedaran utk mula membuat pelaburan wlaupun pelaburannya adalah dalam unit yg sedikit. 

Namun, pelaburan itu perlulah diteliti dan difahami agar tidak ditipu oleh skim2 cepat kaya yg menjanjikan pulangan lumayan dari pelaburan yg anda buat.



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com