Assalamualaikum,
Setelah sekian lama berkecimpung dlm bidang pelaburan emas ni, saya mula terfikir utk buka satu blog dgn harapan utk membuka mata lebih ramai org tentang pentingnya melabur dlm emas dan berkongsi pengalaman dan ilmu. Mula2 saya nk berjinak2 dlm pelaburan emas ni, saya mcm sangsi plak kenapa tak letak je duit dlm ASB, at least setahun dpt dividen 8-9%. Tak de risiko pon. Mmg tiap2 tahun dpt dividen. Tapi baru2 ni saya tergerak hati plak nk baca secara mendalam berkaitan pelaburan emas dan perak. So, bila saya mula melabur, ramai la yg tanya, apa kelebihan klau kita melabur dlm emas dan perak berbanding tgu dpt dividen dari bank setiap tahun. TAPI sebelum kita nk tahu lebih mendalam pasal pelaburan emas dan perak, mai kita pakat citer pasal KENAPA emas yg dipilih dan sepatutnya dipilih sebagai pilihan untuk membuat pelaburan.
Kenapa perlu melabur dalam emas fizikal :
- Emas adalah lebih dari sekadar komoditi. Emas adalah satu `matawang´ yg telah berkembang dlm pasaran lebih dari 5000 tahun dahulu.
- Hanya emas dan perak shj `matawang´ yg tidak dikawal oleh kerajaan.
- Paling penting, pelaburan emas adalah pelaburan yg selamat. Ini kerana harga emas akan sentiasa naik dari setahun ke setahun. Dikatakan harga emas naik sekitar 18% - 25% setahun.
* pix Google *
- Emas sentiasa mendapat permintaan yg tinggi. Pengeluaran emas dunia adalah kurang dari permintaan yg diterima.
- Wlaupun emas dikatakan mahal, namun malaysia mengeluarkan pelbagai jenis emas dlm berat yg berbeza. Maka, mereka yg berminat untuk melabur dlm emas boleh membeli emas wlaupun mempunyai modal yg rendah/sedikit.
- Emas mudah dicairkan. Bermakna, sekiranya ingin menggunakan duit, emas itu boleh digadaikan/dijual balik di kedai emas (seperti Public Gold).
- Emas juga disimpan untuk tujuan mengerjakan haji/umrah. Bagaimana? Nnti dibincangkan kemudian.
Selain itu, perkembangan semasa seperti bencana alam dan peperangan juga meningkatkan lagi harga emas dunia. Kini, harga minyak semakin hari semakin meningkat dan ini mempengaruhi harga emas. Perlu diingat bahawa pelaburan emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana atau panjang. Bukannya seperti skim cepat kaya yg menjanjikan pulangan dlm masa singkat tetapi akhirnya ditipu.
Dari sudut pandangan islam pula, ada hadith yg mengatakan berkaitan emas dan perak :
Hadith Nabi Muhammad S.A.W: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :
Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak.
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke
laburdiemas@yahoo.com