Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Wednesday, April 13, 2011

Institusi untuk memajak emas

Assalamualaikum,

Kali ni nak bercerita tentang institusi yg menyediakan perkhidmatan pajak gadai di Malaysia. Nak pajak emas ni pun kene ade ilmu juga. Tak boleh main pajak je sbb org lain pun pajak. Bila dah tahu selok belok pajak, baru la boleh memulakan proses memajak. Org yg selalu memajak emas adalah mereka yg ingin melabur tetapi pada masa yg sama memerlukan wang untuk perbelanjaan harian, memulakan perniagaan dsb.

Ada beberapa perkataan yg perlu tahu antaranya :

  • Nilai Marhun : Nilai emas yg dipajak. Nilai emas per gram adalah berlainan antara satu institusi dgn institusi yg lain. 
  • Pinjaman : Wang yg diberi pinjam sebanyak beberapa peratus dari nilai marhun (pemajak perlu bayar balik wang pinjaman ini untuk menebus balik emas).
  • Upah Simpan : Upah yg perlu dibayar untuk menyimpan emas yg dipajak itu.
  • Tarikh Matang : Tarikh dimana kita perlu menebus atau melanjutkan tempoh pajakan.

Institusi yg popular yg menawarkan khidmat pajak gadai di Malaysia ialah :


1) Ar-Rahn (Sistem Gadaian Islam)    klik untuk info lanjut


* pix pkb.net.my *


2) Ar-Rahnu Agrobank    klik utk info lanjut


* pix agrobank.com.my *


3) Ar-Rahnu EON Bank    klik utk info lanjut

* pix eonbank.com.my *


4) Ar-Rahnu Bank Rakyat      klik utk info lanjut


* pix bankrakyat.com.my *

5) Ar-Rahnu KOTANI     klik utk info lanjut


* pix kotani2u.com.my *


6) Ar-Rahnu YAPEIM    klik utk info lanjut


* pix yapeim.net.my *




Setelah memilih institusi pajak gadai yg paling menguntungkan, barulah kita mula membuat proses pajakan. Bagi saya, saya hanya pernak memajak di Ar-Rahnu Agrobank. Oleh itu, saya akan berkongsi cara-cara memajak di Agrobank pada entry akan dtg.




:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com