Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Saturday, April 30, 2011

Video : Kenapa pelabur harus mempunyai simpanan Perak?

Assalamualaikum,

Suatu masa dulu, perak bukanlah metal berharga jika dibandingkan dgn emas. Tapi sejak akhir2 ini, perak byk diperkatakan atas alasan nilainya yg naik dgn mendadak. Kenapa? Byk alasan yg diberi dlm video dibwh. Kita lihat angka2 dibwh :

* pix corefitnessblog.com *



Perak yg available utk dilombong mengikut tahun :

1950    10,000,000,000 oz
1980      3,500,000,000 oz
2010         500,000,000 - 700,000,000 oz


Dari angka diatas, pada tahun 1980, perak yg dpt dilombong telah menyusut sebanyak 65% dari tahun 1950 dan pada tahun 2010 ianya terus menyusut sebanyak 86% dari tahun 1980. Penurunan peratusan ini mmg sangat2 membimbangkan tetapi tidak pada mereka yg telah memiliki perak. Kenapa? 


Berbalik kepada asas perniagaan dan harga barangan.

Harga Meningkat = Pengeluaran Berkurang = Permintaan Meningkat


Maka, harga perak akan terus melambung kerana permintaan yg tinggi dlm industri serta pengeluaran yang telah menyusut sebanyak 95% sejak 60 tahun lepas. 

Berbanding dgn perak, emas yg dpt dilombong pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak 600% dari tahun 1950. 



Ada yg kata tidak mustahil utk perak lebih bernilai dari emas pada masa hadapan. Tetapi, bagi saya, perak perlulah terlebih dahulu melepasi ratio tertinggi yg pernah dicatatkan iaitu 15:1 sebelum ianya mempunyai peluang cerah utk bernilai sama atau lebih dari emas. 


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Friday, April 29, 2011

Mesin ATM Emas di Dubai

Assalamualaikum,


* pix gearfuse.com *


Post ni tentang mesin atm emas yg pertama seumpamanya didunia. Mesin ni seperti vending machine lain, masukkan duit dan keluarlah barang yg dibeli. Memang mudah...


Emas apa yg dijual?


Ada 10 jenis emas yg ditawarkan didlm mesin atm ini iaitu :

                      * pix gold-to-go.com *
  • Gold Bars 1 gram
  • Gold Bars 5 gram
  • Gold Bars 10 gram
  • Gold Bars 1 Ounce
  • Krugerrand 1/10 Ounce
  • Krugerrand 1/4 Ounce
  • Krugerrand 1 Ounce
  • Kangaroo 1/10 Ounce 15 $
  • Kangaroo 1 Ounce 100 $
  • Maple Leaf 1/10 Ounce 5 $


Mcm mana nk beli?

1) Di touch screen, pilih bahasa anda. 

* pix gold-to-go.com *

2) Pilih emas jenis mana yg anda ingin beli.

* pix gold-to-go.com *


3) Buat pembayaran samada menggunakan cash, mastercard, visa, eurocard atau girocard.

* pix gold-to-go.com *

4) Kutiplah emas anda dan jgn lupa resit pembelian. Kenapa?

* pix gold-to-go.com *

Sbb sekiranya anda tidak berpuas hati dgn emas dan harga yg anda beli, anda boleh pulangkannya kembali beserta dgn resit pembelian tanpa memberi sebarang alasan utk mendapatkan balik wang anda. Kos penghantaran juga akan ditanggung. Ianya mestilah dlm masa 10 hari dari tarikh pembelian selain syarat2 lain.

Selamat ke mesin ni?

Mesin ATM yg dipanggil Gold To Go ini dilengkapi dgn ciri-ciri keselamatan seperti kamera dan pengimbas ID utk mengelakkan dari kegiatan pelaburan wang haram. Menurut pengeluar mesin ini iaitu Ex Oriente Lux, mesin ini dikatakan sebagai "largely burglar-proof and tamper-resistant."




:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Thursday, April 28, 2011

Pinjaman mudah rakyat miskin labur unit amanah


Assalamualaikum,

Mungkin artikel dari akhbar Berita Harian online dibwh tidak secara langsung berkaitan dgn pelaburan emas dan perak. Adakah ianya pinjaman yg mendatangkan keuntungan kpd rakyat? Atau hanya sekadar mainan politik? Kita sama2 fikirkan dan sekiranya ia memberi sedikit sebanyak keuntungan, apa salahnya mencuba. Tetapi haruslah dimulakan dgn mendapatkan maklumat yg mencukupi serta pengiraan yg teliti supaya tak menyesal kemudian hari.

* pix bharian.com.my *

IPOH: Kerajaan akan memperkenalkan skim baru yang membolehkan semua rakyat berpendapatan rendah membuat pinjaman mudah bagi melabur dalam dana Amanah Saham 1Malaysia sebagai antara satu langkah menabung untuk jaminan masa depan.


Skim itu yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat tidak akan membebankan rakyat kerana pinjaman diberikan untuk membuat pelaburan rendah dengan pembayaran balik menerusi dividen yang diisytiharkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun. 

Perdana Menteri ketika mengumumkannya semalam berkata, perincian skim itu sedang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta Kementerian Kewangan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

“Ini akan memperluaskan penyertaan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 (MSAM 2011), di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Dalam ucapannya, Najib berkata, tarikh 20 April semalam menandakan genap 30 tahun usia skim amanah saham pertama diperkenalkan PNB, iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) yang ketika itu dirangka khusus untuk menggembleng dana Bumiputera secara teratur dan meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

Beliau berkata, kejayaan PNB bukan setakat menubuhkan pelbagai dana unit amanah, malah mendidik rakyat, terutama Bumiputera mengenai kebaikan melabur serta melakukan transformasi minda sehingga masyarakat celik pelaburan dan mengetahui skim amanah mana yang lebih menguntungkan. 

Malah, menerusi pengumpulan dana yang besar itu membolehkan beberapa syarikat gergasi yang namanya sering dikaitkan dengan penjajah British sejak sekian lama seperti Sime Darby, Guthrie dan Island & Peninsular, berjaya menjadi syarikat milik Malaysia.

“Apa yang lebih penting ialah kita mampu menguruskan syarikat bermodal besar dengan baik serta berjaya menarik pelabur dan menawarkan kadar dividen yang menarik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun tujuan asal PNB untuk membantu Bumiputera supaya jurang perbezaan pendapatan dapat dirapatkan dan perpaduan antara kaum dipertingkatkan, atas semangat toleransi dan mengeratkan integrasi kaum, bukan Bumiputera diberi peluang menyertai skim amanah diperkenalkan agensi berkenaan.

Najib berkata, menerusi Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan sekarang pula, kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan ekonomi secara keseluruhan serta menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.

Beliau berkata, prospek berkenaan akan menarik lebih ramai rakyat untuk melabur dalam dana amanah yang memungkinkan Malaysia bakal menjadi negara pelabur skim dana amanah terbesar dunia satu hari nanti.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai, terutama pelabur kecil jangan memikirkan keuntungan cepat semata-mata, tetapi paling penting ialah melabur dalam skim yang berisiko rendah serta tidak mudah tertipu dengan pelbagai bentuk skim cepat kaya,” katanya.

Najib mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim saham tanpa lesen yang kelihatan menarik tetapi mengundang padah kepada mereka yang menyertainya. 





:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com


Wednesday, April 27, 2011

Adakah sekarang masa sesuai utk beli emas dan perak?

Assalamualaikum,


Wlaupun kita yakin emas akan meningkat naik dlm tempoh masa panjang, tapi klau kita tahu bila masa yg sesuai nk beli emas, ianya boleh mendatangkan perbezaan keuntungan dari 2, 3 atau mungkin 10 kali ganda.


* pix writeonnewjersey.com *


Mmg tak ada formula nk tahu bila harga rendah, tapi mmg ada satu jangkamasa dimana harga emas selalu rendah. Bila tu? Ramai yg meramalkan waktu yg sesuai utk beli emas adalah pada musim panas.

Contohnya, carta dibwh menunjukkan purata kenaikan harga emas sejak “bull market” bermula pada 2001.

* pix seekingalpha.com *


Dari carta kat atas, kita boleh tgk bhw bulan JUN dan OGOS menunjukkan purata return emas yg rendah, menunjukkan waktu yg paling sesuai utk beli emas.

Apa yg kita lihat pada graf itu hanyalah KEMUNGKINAN dan bukanlah JAMINAN. Terdapat juga pada satu tahun dimana bulan Jun mengalami kenaikan harga emas. Bermakna, elakkan menggunakan carta ini utk berjual beli atau mengharapkan pulangan keuntungan dlm masa singkat. Sebaliknya, gunalah kemungkinan itu utk menambah koleksi emas anda dan menunggu utk “bull market” yg seterusnya.

JADI, ada tak kemungkinan terjadinya “correction” atau penurunan harga emas pada musim panas tahun ini?

Mari kita tgk lagi. Sejak 2001, dalam kebanyakkan musim panas, harga emas bergerak lebih rendah dari nilai tertinggi bulan Mei. Wlaupun masih belum pasti utk musim panas 2011, tetapi analisis diatas tidak dpt disangkal.

Lagi satu cara utk membeli pada harga rendah adalah dgn mengetahui purata peratusan penurunan emas dan perak.

* pix seekingalpha.com *

Graf diatas adalah analisis pada thn 2010. Purata peratusan penurunan dari nilai tertinggi pada bulan mei ke nilai terendah dlm musim panas adalah 8.9%. Penurunan terkecil adalah 2.2% dan yg terbesar adalah 27.8%. Akan tetapi, penurunan terbesar jarang diambil kira kerana mungkin harga emas akan mencanak naik sebelum ianya mencapai penurunan terbesar itu.

Carta dibwh pula menunjukkan peratusan penurunan dlm thn 2010 bagi perak.


* pix seekingalpha.com *

Perak pula lebih berisiko tetapi ianya memberi peluang yg lebih besar utk membelinya pada harga yg rendah. Purata penurunan adalah 16.6%. Penurunan terbesar adalah sebanyak 34.9%. Dlm sejarah penurunan harga perak, “correction” sbyk 10% adalah biasa dan masa yg sesuai utk membeli perak.

Kesimpulannya, walau apapun harga yg anda pilih utk membeli emas dan perak, saya hanya akan menggunakan carta diatas bersama2 keadaan semasa dunia yg berlaku. Krisis matawang di sesetengah negara pasti akan berlanjutan dan tidak dpt dielakkan lagi. Perkara terakhir yg anda pasti tidak inginkan adalah tidak mempunyai sebarang emas dan perak apabila harga emas dan perak meroket tinggi.

Jadi, seeloknya gunakanlah kaedan pemurataan dan belilah emas setiap bulan atau jika ada wang yg mencukupi.

Jangan tunggu harga turun baru nk beli, tapi beli dulu dan kemudian baru tunggu harga naik / turun (klau turun, tambah la stok emas anda). 


* sumber : http://seekingalpha.com/article/215522-is-now-a-good-time-to-buy-gold *



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com


Tuesday, April 26, 2011

Overlap, Offset Ar-Rahnu

Assalamualaikum,

Nk ceciter skit pasal overlap atau offset surat pajak Ar-Rahnu. Sebenarnya kedua2 perkataan tu mempunyai maksud yg sama. Selalunya org buat overlap ni lepas 6 bulan dari tarikh dipajak atau lepas 11 bulan apabila tempoh perlanjutan (6+3+2 bulan) telah tamat. Oleh kerana takut emas mereka dilelong oleh pihak bank, maka mereka overlap surat pajak mereka. Mereka bukan sahaja dapat mengelakkan emas mereka dari dilelong, tetapi mereka masih boleh menerima duit lebihan overlap dari kenaikan harga emas.


*pix nadias-freedom.blogspot *


Contohnya :

Pada bulan Disember 2010, saya telah memajak emas 20g di Ar-Rahnu Agrobank. Kadar emas pada bulan Disember 2010 ialah RM157/g dan saya telah ambil pinjaman sebanyak 60%. 

Bulan Disember 2010

Nilai Marhun : 20g x RM157/g = RM 3140
Jumlah pinjaman : 60% x RM 3140 = RM 1884
Upah simpan : (0.6/100 x RM 3140) = RM 18.84 sebulan
Jumlah upah simpan utk 6 bulan : RM 18.84 x 6 = RM 113.04

Bulan Jun 2011

Kadar emas : RM170/g

Nilai Marhun : 20g x RM170/g = RM 3400
Jumlah pinjaman : 60% x RM 3400 = RM 2040
Upah simpan : (0.6/100 x RM 3400) = RM 20.40 sebulan


Duit lebihan overlap = (Jumlah pinjaman baru) - (Jumlah pinjaman lama + Jumlah upah simpan)


Dari persamaan diatas :

Duit lebihan overlap : RM 2040 - (RM 1884 + RM 113.04) = RM 42.96

Akhirnya, anda bukan shj dpt duit lebihan dari overlap itu, tetapi anda juga dpt mengelakkan emas anda dari dilelong dan sekaligus membayar upah simpan selama 6 bulan. Menarik bukan? 


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com


Monday, April 25, 2011

Emas semakin mendapat perhatian ramai


Assalamualaikum,

Semalam, ada artikel dari akhbar online the star berkaitan emas serta pengalaman mereka yg telah menceburi dunia pelaburan emas ini sejak 2-3 tahun lalu. 

Antara petikan akhbar online the star ini ialah berkaitan ahli perniagaan wanita yg menggunakan duit pinjaman dari hasil pajakan emasnya utk membuat pusingan modal perniagaannya :


* pix thestar.com.my *


Selain itu, ada pelabur emas yg memulakan pelaburan mereka untuk masa hadapan anak2 mereka :

* pix thestar.com.my *

Mereka yg melabur dlm emas mempunyai pelbagai alasan tersendiri. Akan tetapi, mereka mempunyai matlamat yg sama iaitu utk meraih keuntungan semaksimum mungkin dari pelaburan mereka dan mereka telah membuat satu keputusan yg sangat tepat. Anda bila lagi?



Lagi dari artikel ini boleh dibaca di the star online


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com



Sejarah kenaikan harga emas


Assalamualaikum,

Sejak 36 tahun lalu, emas tidak pernah menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun malahan masih menunjukkan peningkatan dalam jangkamasa pendek seperti 30 hari, 60 hari atau 6 bulan. Jadual dibwh menunjukkan keuntungan yg diperolehi jika anda melabur RM 25,000 atau RM 100,000 dlm jangkamasa tertentu :


Graf dibawah menunjukkan kenaikan harga emas bagi jangkamasa yg berbeza :
























* pix goldprice.org *


Dari apa yang ditunjukkan, anda bolehlah menentukan tahap/jangkamasa mana yg anda inginkan untuk pelaburan anda. 



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com