Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Monday, May 2, 2011

Selamat Hari Pekerja @ Hari Buruh


Assalamualaikum,

Hari ni LaburDiEmas ingin mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Hari Pekerja @ Hari Buruh kepada mereka yg bekerja, tak kiralah kerja sendiri atau makan gaji. 

* pix sweetfamilysindahouse.blogspot.com *


Ada ungkapan popular yg selalu kita dengar tentang bekerja :

‘Bekerjalah engkau untuk kepentingan duniamu seakan-akan engkau akan hidup selamanya, dan bekerjalah engkau untuk kepentingan akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok’.

Mesti ramai yg pernah dgrkan? Tapi berapa ramai yg tahu bhw ungkapan ini bukanlah salah satu dari ribuan hadis, tetapi ungkapan ini adalah perkataan yg dilafazkan oleh seorang sahabat nabi s.a.w. iaitu Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a. Jadi ianya hanyalah pandangan Abdullah tentang masalah dunia. 

Jadi, apa yg ingin dismpikan oleh Abdullah r.a? Beliau cuma ingin membuat perbandingan antara hal berbentuk keduniaan atau kearah akhirat.


Perbuatan yg nmpk seperti keduniaan, tetapi sebenarnya ianya bernilai akhirat

Contohnya : Peniaga yg membuka perniagaan utk mencari nafkah bagi keluarganya. Dlm pada itu, dia tidak lupa utk bersedekah, berzakat dan membantu org yg memerlukan bantuan.

Perbuatan yg nmpk seperti bernilai akhirat, tetapi sebenarnya adalah keduniaan

Contohnya : Seorang yg membantu mangsa bencana dan menonjolkan dirinya kerana ada agenda2 tersendiri seperti ingin dipuji dan meraih perhatian rakyat. 


* pix cienciapt.net *

Maka, sekiranya niatnya adalah akhirat, dunia juga akan ikut bersama. Tetapi, sekiranya niatnya dunia, akhirat tidak akan dibawa bersama. Itu yg dipanggil haba´an mantsura (debu yang beterbangan). Wallahualam.


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com