Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Tuesday, May 10, 2011

Berita Terkini : Merana akibat nak cepat kaya

Assalamualaikum,

Pada 8 Mei 2011, Berita Harian Online mengeluarkan satu artikel berkaitan mangsa yg merana akibat skim cepat kaya, MLM ataupun skim pelaburan emas.

Pada saya, bila kita nk melabur dalam emas ni, kita kene tahu cara2 untuk melabur. Tak boleh la hanya keluarkan duit dan mengharap utk mendapat keuntungan setiap bulan. Itu dah terang-terang menipu. Tapi ramai yg tak sedar lagi. Cuma nk dapat keuntungan tanpa buat apa2. Tak penah dgr plak org jadi kaya tapi tak buat apa2. 


* pix bijakemas.com *

Cuba anda fikir, mana ada pelaburan yg tiada risiko. Lagipun apabila kita membuat pelaburan emas, kita kene pastikan emas tu berada dalam tangan kita. Jangan hanya bagi duit kepada sesetengah individu atau agensi, kemudian mendapat income setiap bulan hasil dari pajakan yg dibuat oleh individu@agensi tu (adakah duit tu dtgnya dari hasil pajak? Sgt meragukan). 

Kenapa saya kata sangat meragukan? Sbb harga emas bukannya naik sentiasa setiap bulan. Kadang2 ada bulan yg dia turun. Klau bulan itu harga emas menurun dan anda masih mendapat pulangan pada bulan itu, adakah ianya keuntungan dari penurunan harga emas (dah turun, mestilah rugi, bukan untung). Itu bagi pendapat saya la.

Apa2 pun, semuanya terletak ditangan anda. Kadang2 kita kene tahu punca duit yg kita dapat itu, dari sumber halal ke? Atau dari sumber haram ke? 



Baca juga petikan dari akhbar Berita Harian Online dibwh :



* pix bharian.com.my *


KUALA LUMPUR: Sifat ingin mengecapi kekayaan dalam masa singkat dan mudah, mendorong golongan remaja untuk terjebak dalam skim cepat kaya.

Ramai mengakui terjebak dalam skim ini kerana dipengaruhi rakan yang menjanjikan kekayaan luar biasa dengan cara mudah dan hanya perlu mengeluarkan sedikit modal.


Tinjauan Berita Minggu mendapati kebanyakan golongan muda pernah terbabit dalam skim cepat kaya kerana memikirkan keuntungan segera tanpa perlu bekerja keras selain terpengaruh ajakan rakan.

Nor Aishah Khairi, 21, mengakui pernah diajak menyertai skim cepat kaya selain kalangan keluarganya turut terbabit dalam skim sebegini.


“Sudah lama saya tahu perkara ini kerana ada ahli keluarga yang pernah terbabit. Mulanya, memang nampak yakin kerana mampu mengecapi kemewahan dalam jangka masa singkat. Tapi ia tidak lama dan keadaan kembali seperti biasa. Dari situ saya mula membuka mata mengenai skim cepat kaya ini,” katanya.

Zamani Ishak, 32, juga pernah menyertainya tidak lama dulu kerana memikirkan keuntungan segera yang boleh diraih secara mudah.

“Malangnya, saya tertipu. Memang mulanya kita bersemangat kerana dapat banyak duit tapi lama kelamaan baru kita sedari ini hanya janji palsu semata-mata,” katanya. 
Beliau bagaimanapun menyifatkan tidak semua skim itu mengundang keburukan kerana secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri berjumpa pelanggan, termasuk sesetengah perniagaan pelbagai peringkat (MLM).

Bagi Shahrul Ibrahim, biarpun baru berusia 21 tahun, beliau sudah bergelar mangsa selepas terjebak dalam salah satu MLM kerana terpengaruh dengan ajakan rakan selain melihat kemewahan rakannya itu.

“Saya masuk dulu pun sebab tengok kemewahan dirinya hasil MLM. Saya terus sertai tanpa memikirkan keburukan yang menanti. 



“Syarat menjadi ahli pula membayar yuran yang mencecah ratusan ringgit. Tapi akhirnya pulangan yang saya peroleh tidak mampu untuk menampung kos yang saya keluarkan. Sejak itu saya mula menyesal kerana dalam sekelip mata hilang wang yang dilaburkan,” katanya.

Shahrul turut mendakwa taktik skim penipuan itu kini mensasarkan iklan dalam laman web sosial selain menjadikan wanita muda sebagai perantara.

Persoalannya mengapakah golongan muda menjadi sasaran mudah? Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohamed Akwal Sutan, berkata golongan muda mudah terpengaruh dalam skim penipuan kemungkinannya terlalu bersemangat untuk meraih kekayaan segera.

“Mereka hanya tahu bila masuk pasti akan dapat capai kekayaan dengan cepat tanpa memikirkan risiko. Golongan ini masih kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan serta latar belakang lanjut mengenai pelaburan itu. Mereka seharusnya memperoleh pengetahuan kewangan untuk lebih bijak membuat keputusan membabitkan kewangan,” katanya. 

Mohamed Akwal berkata, hanya berbekalkan maklumat yang betul menjadi ‘perisai’ mengelak mereka termakan godaan dan janji pulangan tinggi dalam jangkamasa singkat, terutama jika ada yang mendakwa pulangan melebihi 20 peratus setahun. 

Apa kata mereka di facebook?

Faizal Muhd Faxel Wel -Rata-rata warga yg melakukannya lebih selesa bekerja di rumah dan tidak digaji majikan. Selain berasa lebih aman dgn pekerjaan tersebut (cepat, mudah dan tidak terbeban/bergantung dgn bos) pekerjaan di luar dilihat menggaji staf dengan upah yang murah, beban kerja yg tinggi selain kelulusan/pengalaman kerja yang tinggi membebankan graduan muda. Maka penyelesaian termudah bagi Gen Y ini ialah dengn membuat kerja2 tersebut (Skim Cepat Kaya & MLM). Dewasa ini, pekerjaan semakin sukar, gaji tidak setimpal, pengalaman/kelulusan yang terlalu tinggi serta beban saraan diri (termasuk kos pengangkutan) yang lebih tinggi membungkam warga untuk keluar bekerja. Mereka lebih yakin dengan SOHO (Small Office Home Office).....



Hasif PhotoMedia - kerana mereka mengangap ini merupakan jalan utama dalam menambah pendapatan, dan terlalu cepat terpengaruh di dalam promosi yang diberikan, contohnya kereta mewah, rumah besar dan sebagainya..

Normaiza Syahida - kerana remaja inginkan sesuatu hsil yang besar dngan mlakukan kerja y senang dan cepat . .selain itu mereka kurang pngetahuan mngenai skim cepat kaya.

Leeya Farlia -mrke mls nk berusaha.....2 yg utama..

Inchik Kerol -semua berlaku apabila kita lebih mengutamakan hidup mewah dgn kaedah jln pintas tanpa mahu berusaha...perkara ini turut di sokong oleh kemahuan seseorang remaja itu sendiri yg terlalu mahukan pelbagai mcm bnd yg menuntut sejumlah wang yg besar..


Ridwan Jaafar - sye sndiri golongan gen Y..antare sbb2 nya ialah ramai antara kami ialah golongan pelajar, yg mana bila da belajar susah utk bekerja..bila dah susah utk keluar bekerja, antara inisiatif yg mudah ialah dgn join MLM..tarik orang masuk, then duit masuk tiap2 ari..ke2, ayt2 ejen2 MLM ni hebat2 belaka.. contoh "jana pendapatan sebnyak RM3000 dlm seminggu!".."goyang kaki pon boleh dpt duit!" dll. ssetengah dari kami yg tengah kehabisan duit ni pon mengambil jln 'mudah'..maklumlah,,org muda suke beli itu ini..duit da tinggal 

Cesc Muizz- ini kerana mereka mahu kaya dengan cepat tanpa berusah keras. Mereka juga tidak memikirkan kesan buruk apabila terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini.

Muhammad Farhan- ha..nk tau x kenapa??sbb nya kami remaja menganggap ini sabagai pendapatan tambahan..lebih2 lg kepada mahasiswa/siswi yg kebanyakannya dari golongan sederhana..naluri remaja,,macam2 nk cuba..melalui maklumat yg diperolehi mengatakan ade MLM yg berjaya..tp hakikatnya hampeh..menipu amat menyeronokkan bg mereka.

* sumber : berita harian online *

:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com