Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Thursday, May 5, 2011

Berita Terkini : Apa kaitan Osama bin Laden dgn Emas, Perak, US Dollar, Minyak dan Pasaran Saham?

Assalamualaikum,

Hari Isnin lepas, satu lagi berita yg menggemparkan dunia dimana President Barack Obama mengumumkan tentang kematian "America’s most wanted terrorist" yg dikatakan menjadi dalang bagi kejadian 11 Sept 2001 iaitu Osama bin Laden.

Tapi apa kaitan kematian Osama dengan harga emas, perak, us dollar, minyak dan pasaran saham dunia?

* pix proactiveinvestors.co.uk, etftrends.com, numismaticassets.com, stocknod.com, trading-house.net *

Pengumuman Barack Obama telah meningkatkan pasaran saham dunia, sekaligus menguatkan matawang dollar amerika. Akibat daripada kenaikan dollar amerika menyebabkan harga emas, perak, minyak dan logam dunia yg lain menurun. 

Pada masa pengumuman dibuat :


  • Harga minyak dunia jatuh 2%
  • Harga perak dunia menjunam 10%, penurunan paling byk dlm sehari sejak akhir 2008.
  • Harga emas dunia turun 5 kepada $ 1,540.39 per ounce


Fenomena ini hampir sama berlaku pada 14 Disember 2003, apabila president George W. Bush membuat pengumuman pada ahad malam berkenaan penangkapan Saddam Hussein. Pasaran Saham dunia sejurus selepas pengumuman itu terus melonjak.

Akan tetapi, penurunan harga emas dunia pada masa itu tidaklah seteruk sekarang jika dilihat pada graf dibwh :

* pix kitco.com *

* pix kitco.com *

Dalam pada masa yg sama, penurunan harga minyak dunia telah melonjakkan saham syarikat2 penerbangan kerana syarikat penerbangan begitu sensatif dengan harga minyak dunia. 

Perak dlm pada itu mengalami penurunan yg begitu mendadak setelah menunjukkan prestasi yg amat memberangsangkan sejak awal tahun 2011. Mungkin trend penurunan ini akan berterusan dlm masa beberapa hari, minggu, bulan? Kita tak tahu.

Tapi yg pastinya sekarang adalah masa yg sesuai utk tambah stok emas dan perak anda.


* sumber : http://www.forbes.com/feeds/ap/2011/05/02/business-industrials-world-markets_8444749.html *
* sumber : http://wallstcheatsheet.com/trading/how-will-osama-bin-ladens-death-affect-markets.html *



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com