Assalamualaikum,
Kita dah melalui setengah tahun 2011 dengan pelbagai perkara berlaku antaranya bencana alam, krisis ekonomi, berita kematian Osama dan lain-lain. Ini memang mempengaruhi ramalan yg dibuat pada awal tahun 2011. Apakah ramalan utk 6 bulan yg tinggal. Kita lihat dulu rumusan dari tahun 2010 :
Kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah sebanyak 37%. Sesuatu yg diluar jangkaan kerana harga emas naik secara purata sekitar 20-25% setahun.
* pix enterpriseirregulars.com * |
Ramalan pada tahun 2011, harga emas akan juga berlaku peningkatan tetapi mungkin pada kadar yg perlahan iaitu sekitar 15-25 % shj.
Rumusan bagi tahun 2010 :
Suku pertama : Harga tertinggi adalah 1136, harga terendah pada 1044 - correction sebanyak 8%.
Suku kedua : Harga tertinggi yg baru dicatat pada 1255.49 (21 Jun 2010) - kenaikan 11% dari 1044.
Suku ketiga : Bulan Julai mengalami correction, harga jatuh ke 1156 iaitu penurunan 8% dari 1255.49. Bulan Ogos dan September mengalami peningkatan ke paras tertinggi 1320.6 (27 September 2010) iaitu kenaikan 14% dari 1156.
Suku keempat : Catat harga tertinggi iaitu 1431.33 (6 Dec 2010) - kenaikan sbyk 24% dari 1156.
Apa yg diramal pada 2011?
Setiap kali harga emas mencecah paras tertinggi, ianya akan mengalami correction sekitar 5-10%. Trend ini berlaku sejak tahun 2008 hingga 2010.
Melihat pada tahun 2010, boleh diramal bhw harga emas akan mengalami kenaikan pada suku kedua dan keempat dengan suku pertama dan ketiga mengalami correction.
Dari ramalan mengikut suku pada tahun 2011 :
Suku pertama : Correction berlaku sekitar 8-10% dari harga tertinggi 1431.33.
Suku ketiga : Berlaku correction dan disusuli dengan kenaikan harga emas.
Suku keempat : Berlaku kenaikan harga emas dan kemudian correction bermula.
Harga tertinggi yg baru akan dicatatkan antara 1680-1900. Melihat pada 10 tahun yg lalu, harga emas mengalami peningkatan sejak 2001 dimana pada masa itu harga emas sekitar 250. Trend menaik itu bertambah drastik bermula dari tahun 2007. Selagi trend menaik itu berlaku, trend itu tidak mustahil akan kekal pada tahun 2011 juga.
Ianya hanyalah ramalan semata-mata. Tetapi ramalan ini disokong dengan keadaan semasa disamping mengambil kira sejarah kenaikan harga emas pada tahun2 terdahulu. Kenaikan harga emas pada tahun 2011 tidak akan melepasi peratusan kenaikan harga emas pada tahun 2010 tetapi ia tetap akan meningkat dan boleh ditutup sehingga $1900/oz pada tahun 2011.
* Sumber : http://goldinvestmentsite.com/?p=664
* Sumber : http://goldinvestmentsite.com/?p=664
:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke
laburdiemas@yahoo.com