Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Tuesday, June 7, 2011

Harga Emas boleh cecah $1,800 per aun menjelang akhir tahun 2011

Assalamualaikum,

Ini adalah petikan artikel dari khaleejtimes.com berkaitan harga emas yg diramal akan mencecah $1,800 akhir tahun ini.

* pix dddn.com.vn *

Harga emas akan semakin meningkat dalam masa yg terdekat dan mungkin akan mencecah $ 1,800 per aun menjelang akhir tahun 2011 disebabkan oleh permintaan yg tinggi di India, China dan beberapa pasaran yg muncul, berkata pegawai atasan Pure Gold Jewellers.

Chairman Pure Gold Jewellers dan Pengasas G. Merchant berkata selera pelabur terhadap logam kuning ini semakin meningkat disebabkan oleh kadar pulangan yg memberangsangkan sejak beberapa tahun lepas.

" Asia akan menjadi enjin pertumbuhan pada masa akan datang dan negara2 Timur Tengah akan memimpin dalam pemulihan ekonomi dunia kerana harga minyak mentah yg tinggi akan membantu pemerintah utk membelanjakan dana surplus pada projek2 pembinaan dan infrastruktur" Merchant memberitahu Khaleej Times pada sidang media.

Pure Gold Jewellers, ditubuhkan pada 1989, adalah salah satu dari pusat barang perhiasan yg paling cepat berkembang di UAE dan negara2 GCC. 

" Negara2 utama Eropah sedang berhadapan dgn kesulitan utk mengatasi masalah inflasi dan krisis hutang, Jepun telah dilanda bencana alam dan Amerika Syarikat masih belum keluar dari masalah kemelesetan ekonomi" katanya dan menambah masalah dan hari2 yg lebih sukar menanti Amerika dan negara2 barat yg lain.

Beliau berkata harga minyak kekal pada trand menaik tetapi volatile tradenya masih kurang menyakinkan pelabur utk melabur dlm black gold, dan ini tidak memberi mereka pilihan melainkan untuk melabur dalam emas (logam kuning).

" Saya percaya harga minyak akan berada diluar kawalan dan akan stabil pada nilai $200 / tong untuk beberapa tahun akan datang".

" Dgn mempertimbangkan semua situasi ini, pelabur percaya pelaburan emas ini adalah satu langkah yang selamat dan mereka yakin akan memberi pulangan yang tinggi" kata Merchant. 

" Harga emas akan berada antara $1700 dan §1800 per aun menjelang akhir tahun 2011" beliau berkata dan menambah harganya boleh mencecah angka $3000 dalam masa 3 hingga 5 tahun lagi disebabkan permintaan yg tinggi dan keyakinan pelabur keatas logam kuning ini.

* Sumber : khaleejtimes.com

:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com