Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Thursday, June 30, 2011

Akaun Emas UOB Bank

Assalamualaikum,


* pix singaporegoldinvestment.blogspot.com *

Sebelum ini saya ada perkatakan tentang satu2nya akaun emas di Malaysia yg patuh syariah iaitu KFH (Kuwait Financial House). Tapi 2 hari lepas, saya ada mendengar berita bahawa UOB Bank juga mempunyai akaun emas yg patuh syariah. Dan berita ini datangnya dari mulut pegawai KFH sendiri. Betul ke? Sbb yg saya tahu, akaun emas yg ada -i dibelakangnya shj adalah patuh syariah (contohnya Gold Account-i oleh KFH). Entah la. Untuk maklumat lanjut, kena tanya sendiri pegawai di UOB Bank. 

Untuk membaca tentang Akaun Emas KFH, boleh la klik sini --> Akaun Emas KFH


Berkenaan Akaun Emas UOB Bank

Pelaburan yg tenang dan selamat
  • Anda boleh membuat pelaburan emas tanpa perlu risau tentang tempat menyimpan emas dan ketika anda ingin memindahkan emas anda, juga tidak terhindar dari risiko kehilangan kerana tidak menyimpan emas fizikal.
  • Sebarang transaksi akaun emas anda akan dicatatkan.
Beza harga beli dan jual rendah
  • Perbezaan harga beli dan harga jual (spread) adalah yang terendah (sekitar RM1-2/g).
Penukaran ke emas fizikal
  • Anda boleh menukarkan emas yg anda beli samada menggunakan Premier Gold Account atau Gold Savings Account kepada emas fizikal (ianya tertakluk kepada kebenaran pihak bank --> Terasa sangsi disini kerana sekiranya kita benar2 memiliki emas yg kita beli, mengapa perlukan kebenaran pihak bank? Adakah kita boleh membeli emas melalui akaun emas walaupun pihak bank tidak mempunyai emas fizikal yg mencukupi? Jika begitu, ianya tidak lagi patuh syariah). 
  • Juga nominal conversion fee akan dikenakan diatas penukaran itu.
Pencairan yg segera
  • Bermakna anda boleh mengeluarkan cash dari akaun emas anda pada bila-bila masa semasa waktu pejabat.


Beza antara Premier Gold Account atau Gold Savings Account

* pix 1.uob.com.my *

Perlu diingat produk dari UOB Bank ini tidak insured oleh PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM). Sekiranya Akaun Emas UOB Bank adalah patuh syariah, ianya adalah yg terbaik kerana spread harga emasnya yg paling rendah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun emas di Malaysia. 

* pix 1.uob.com.my - harga pada 30 Jun 2011 *

Tetapi adakah akaun emas UOB Bank mempunyai cas-cas tersembunyi yg dikenakan sekiranya kita ingin menyimpan emas fizikal yg kita beli di bank mereka? Anda cuba cari jawapannya.


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Tuesday, June 28, 2011

SeTapak Emas Enterprise: Gambar Produk Barang Kemas Lite Gold - Bizmambau

SeTapak Emas Enterprise: Gambar Produk Barang Kemas Lite Gold - Bizmambau: "Assalamualaikum, Ini adalah beberapa produk dari produk Lite Gold - Bizmambau. Semua jenis produk hanya akan dipaparkan selepas 1 Julai 2..."

Wednesday, June 22, 2011

Krisis kewangan Greece patut jadi teladan elak negara muflis



Assalamualaikum,


Sebelum ini kita ada mendengar krisis hutang yg ditanggung oleh kerajaan Amerika Syarikat. Tetapi, tahukah anda Greece juga mempunyai sejumlah hutang yg bukan sahaja membebankan kerajaannya, malah turut membebankan negara lain terutamanya Jerman. Ikuti kisah selanjutnya yg dipetik dari akhbar Berita Harian Online :


* pix riskmanagementmonitor.com *


Jika sesebuah negara itu dilanda krisis, maka rakyat pasti menderita susulan kesukaran mendapatkan pekerjaan, aktiviti perniagaan, kebajikan dan pembangunan sosial terjejas, seperti dialami Greece ketika ini. 


Ketika masyarakat pelabur global bersorak ceria baru-baru ini susulan kemunculan pelbagai petunjuk sahih mengenai pemulihan ekonomi dunia daripada krisis kewangan global, mereka dikejutkan pula dengan masalah baru yang juga berpotensi menggugat pasaran kewangan antarbangsa. 


Tiada siapa menyangka kumpulan kerjasama ekonomi yang paling kukuh dan sistem kewangan tunggal diperakui paling stabil dengan pematuhan ketetapan ketat di bawah European Central Bank (ECB) itu, mulai goyah dengan masalah hutang Greece. 


Susulan itu, Indeks Perusahaan Dow Jones, yang mencapai paras tertinggi dalam tempoh 19 bulan iaitu 11,204.28 mata pada 23 April lalu, susut lebih 1,000 mata atau 10 peratus dalam tempoh lebih sebulan sehingga semalam. 


Pada masa sama, bursa saham utama global juga turut menjalani aliran menurun termasuk Bursa Malaysia yang susut hampir 100 mata atau tujuh peratus. 


* pix spiegel.de *
Spekulasi mengenai perpecahan zon Eropah di sebalik usaha EU untuk mengekalkan kumpulan kerjasama itu, terus berlegar di pasaran. Menurut laporan, dalam pertemuan ketua negara Eropah yang diadakan untuk mencari jalan menangani masalah itu baru-baru ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengancam untuk memisahkan blok Eropah berkenaan jika Berlin enggan membantu Greece. 


Sementara itu, sebahagian besar rakyat Jerman yang berdisiplin dalam pakatan kewangan, tidak berpuas hati kerana terpaksa menyelamatkan Greece. 


Canselornya, Angela Merkel pada suatu ketika pernah menggesa pengenalan mekanisme baru yang mana Greece atau negara zon Eropah lain yang memiliki beban hutang tinggi, boleh dikeluarkan daripada kesatuan itu pada masa akan datang, jika mereka tidak dapat mengawal tabiat berbelanja secara keterlaluan. 


Krisis hutang Greece dijejaki sejak 2002, iaitu ketika negara berkenaan menyusun semula keseluruhan ekonominya untuk menyertai kumpulan negara yang sistem mata wang tunggal Eropah iaitu Euro. 


Bagaimanapun, untuk menyertai EU, Greece terpaksa akur dengan peraturan ditetapkan iaitu yang diadaptasikan daripada peraturan Bundesbank, bank pusat Jerman yang dianggap sebagai bank pusat paling kukuh dengan peraturan kewangan paling ketat di dunia. 


Untuk menyertai kumpulan 26 negara dalam EU, sesebuah negara itu, antara lain, perlu memenuhi beberapa kriteria ketat termasuk defisit bajet tidak melebihi 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); hutang kerajaan perlu 60 peratus lebih rendah daripada KDNK dan inflasi tahunan kurang 1.5 peratus lebih tinggi daripada purata kadar inflasi paling rendah tiga negara anggota. 


Namun, dengan menyertai kumpulan itu dan beralih daripada menggunakan mata wang, drachma, kepada euro yang lebih kukuh, secara tidak langsung memudahkan Greece membuat pinjaman dan itulah yang dilakukannya.


* pix inpress.com.mk *


Greece berhutang bagi membiayai pelbagai inisiatif serta program sosial yang dianjurkannya dan paling ketara adalah ketika menganjurkan Olimpik 2004 di Athen. Perbelanjaan awam meningkat tinggi dan dilaporkan gaji kakitangan awamnya meningkat dua kali ganda sejak Greece mula menggunakan euro.


Dalam pada itu, kerajaan Greece menjanjikan pembayaran pencen kakitangan awam sehingga 92 peratus daripada gaji diterima ketika mereka bersara. Cadangan untuk mengurangkan pencen berkenaan, antara punca berlaku tunjuk perasaan di negara itu baru-baru ini. 


Sejak dulu lagi, ahli ekonomi secara umumnya berpendapat, defisit bajet dan hutang kerajaan untuk membiayai projek mega, yang pada masa sama akan mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi adalah sesuatu perkara biasa selagi ia mampu ditampung oleh peningkatan kutipan hasil cukai.


Greece melaksanakan semua perkara itu kecuali peningkatan hasil kutipan cukai. Negara berkenaan memiliki peraturan cukai yang longgar, menyebabkan ia bermasalah untuk membayar semula hutangnya dan kerajaan negara itu dilihat berbelanja melebihi kemampuan sejak 2002. 


Bagi Greece, bebanan hutang yang tinggi nampak terurus sehingga munculnya krisis kewangan global pada 2008. Ketika itu ekonomi Eropah lain termasuk Britain mampu menyokong kemelesetan dengan meningkatkan pinjaman, namun Greece yang sudah tinggi jumlah pinjaman tidak lagi mampu berbuat demikian. 


Pada awal tahun ini, dilaporkan defisit bajet Greece adalah hampir 13 peratus berbanding KDNK dan hutangnya dijangka meningkat kepada 138 peratus daripada KDNK pada tahun depan berbanding 120 peratus pada tahun ini. 


Lazimnya, jika sesebuah negara memiliki hutang tinggi, nilai mata wang negara berkenaan akan susut bagi mengimbangi masalah itu. Bagaimanapun, Greece tidak dapat berbuat demikian, kerana ia menggunakan mata wang tunggal EU iaitu Euro yang turut digunakan oleh 25 negara Eropah lain dalam kesatuan itu. 


Pada masa sama, isu berkenaan turut menimbul rasa curiga dan kebimbangan masyarakat pelabur global terhadap beberapa negara Eropah yang memiliki defisit tinggi bakal berdepan masalah sama. 


Negara berkenaan adalah seperti Ireland dengan defisit 14.3 peratus, diikuti Britain dengan 12.6 peratus, Sepanyol (11.2 peratus) dan Portugal (9.4 peratus).


Krisis Greece yang menimbulkan kekalutan khususnya kepada EU dan menjejaskan sentimen pelabur antarabangsa dikatakan akan memberi kesan negatif kepada aliran modal pelaburan dan perdagangan global. 


Kebanyakan syarikat kewangan, pelaburan, perdagangan dan perkilangan EU mengambil pendirian berhati-hati untuk membuat pelaburan baru dan menangguhkan aktiviti pengembangan perniagaan buat sementara waktu. 



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com


Friday, June 17, 2011

Blog kedua : Berasaskan perniagaan emas

Assalamualaikum,


Pertama sekali saya nk memberitahu kepada pengunjung setia blog saya bahawa saya telah membuka / membuat blog saya yg kedua yg diberi nama SeTapak Emas Enterprise. Saya adalah pengedar produk emas dan barang kemas bagi Negeri Selangor dibwh syarikat #### gold (bizmambau). 

Sekarang, hanya barang kemas  shj yg diterima utk dipajak di institusi2 pajakan di Malaysia. Maka saya telah mengambil langkah untuk membantu mereka yg ingin mencari emas yg sesuai yg boleh dipajak. Kerana apa? Kerana sekiranya mereka terdesak untuk menggunakan wang, mereka boleh membawa produk2 emas yg akan saya jual di institusi2 pajakan untuk mendapatkan wang pinjaman. Sungguh mudah. 

Selain menjual dan membeli barang kemas baru dan terpakai, saya juga akan memberi 
perkhidmatan menukar goldbar dengan barang kemas pada masa yg akan diberitahu kelak.

Dan yg paling penting, produk yg ingin saya jual dari syarikat #### gold (bizmambau) ini adalah begitu sesuai untuk dibuat pajakan kerana barang kemas itu dihasilkan memenuhi syarat2 pajakan.

Bagi mereka yg ingin membuat pelaburan dan tidak kearah pajakan, goldbar masih lagi pilihan yang baik.

Blog kedua saya ini akan mula diperkenalkan disini setelah semua produk yg akan dijual disiarkan di blog SeTapak Emas Enterprise. Terima kasih atas sokongan anda dan diharapkan sokongan itu akan berterusan. Insyaallah.

:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Tuesday, June 14, 2011

Melihat tahun 2010 untuk ramalan tahun 2011



Assalamualaikum,

Kita dah melalui setengah tahun 2011 dengan pelbagai perkara berlaku antaranya bencana alam, krisis ekonomi, berita kematian Osama dan lain-lain. Ini memang mempengaruhi ramalan yg dibuat pada awal tahun 2011. Apakah ramalan utk 6 bulan yg tinggal. Kita lihat dulu rumusan dari tahun 2010 :

Kenaikan harga emas pada tahun 2010 adalah sebanyak 37%. Sesuatu yg diluar jangkaan kerana harga emas naik secara purata sekitar 20-25% setahun. 

* pix enterpriseirregulars.com *

Ramalan pada tahun 2011, harga emas akan juga berlaku peningkatan tetapi mungkin pada kadar yg perlahan iaitu sekitar 15-25 % shj. 

Rumusan bagi tahun 2010 :

Suku pertama : Harga tertinggi adalah 1136, harga terendah pada 1044 - correction sebanyak 8%.

Suku kedua : Harga tertinggi yg baru dicatat pada 1255.49 (21 Jun 2010) - kenaikan 11% dari 1044.

Suku ketiga : Bulan Julai mengalami correction, harga jatuh ke 1156 iaitu penurunan 8% dari 1255.49. Bulan Ogos dan September mengalami peningkatan ke paras tertinggi 1320.6 (27 September 2010) iaitu kenaikan 14% dari 1156.

Suku keempat : Catat harga tertinggi iaitu 1431.33 (6 Dec 2010) - kenaikan sbyk 24% dari 1156.

Apa yg diramal pada 2011?

* pix 26weekplan.com *

Setiap kali harga emas mencecah paras tertinggi, ianya akan mengalami correction sekitar 5-10%. Trend ini berlaku sejak tahun 2008 hingga 2010. 

Melihat pada tahun 2010, boleh diramal bhw harga emas akan mengalami kenaikan pada suku kedua dan keempat dengan suku pertama dan ketiga mengalami correction. 

Dari ramalan mengikut suku pada tahun 2011 :

Suku pertama : Correction berlaku sekitar 8-10% dari harga tertinggi 1431.33.

Suku ketiga : Berlaku correction dan disusuli dengan kenaikan harga emas.

Suku keempat : Berlaku kenaikan harga emas dan kemudian correction bermula.

Harga tertinggi yg baru akan dicatatkan antara 1680-1900. Melihat pada 10 tahun yg lalu, harga emas mengalami peningkatan sejak 2001 dimana pada masa itu harga emas sekitar 250. Trend menaik itu bertambah drastik bermula dari tahun 2007. Selagi trend menaik itu berlaku, trend itu tidak mustahil akan kekal pada tahun 2011 juga.

Ianya hanyalah ramalan semata-mata. Tetapi ramalan ini disokong dengan keadaan semasa disamping mengambil kira sejarah kenaikan harga emas pada tahun2 terdahulu. Kenaikan harga emas pada tahun 2011 tidak akan melepasi peratusan kenaikan harga emas pada tahun 2010 tetapi ia tetap akan meningkat dan boleh ditutup sehingga $1900/oz pada tahun 2011.


* Sumber : http://goldinvestmentsite.com/?p=664


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Friday, June 10, 2011

Stok Penghabisan

Assalamualaikum,


Ini adalah stok terakhir yg ditawarkan pada harga yg paling istimewa. Sekiranya anda berminat untuk memiliki emas PG 20g dan 10g pada harga yg istimewa, sila hubungi saya untuk booking emas tersebut. Emas tersebut adalah seperti dibwh : 



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Tuesday, June 7, 2011

Harga Emas boleh cecah $1,800 per aun menjelang akhir tahun 2011

Assalamualaikum,

Ini adalah petikan artikel dari khaleejtimes.com berkaitan harga emas yg diramal akan mencecah $1,800 akhir tahun ini.

* pix dddn.com.vn *

Harga emas akan semakin meningkat dalam masa yg terdekat dan mungkin akan mencecah $ 1,800 per aun menjelang akhir tahun 2011 disebabkan oleh permintaan yg tinggi di India, China dan beberapa pasaran yg muncul, berkata pegawai atasan Pure Gold Jewellers.

Chairman Pure Gold Jewellers dan Pengasas G. Merchant berkata selera pelabur terhadap logam kuning ini semakin meningkat disebabkan oleh kadar pulangan yg memberangsangkan sejak beberapa tahun lepas.

" Asia akan menjadi enjin pertumbuhan pada masa akan datang dan negara2 Timur Tengah akan memimpin dalam pemulihan ekonomi dunia kerana harga minyak mentah yg tinggi akan membantu pemerintah utk membelanjakan dana surplus pada projek2 pembinaan dan infrastruktur" Merchant memberitahu Khaleej Times pada sidang media.

Pure Gold Jewellers, ditubuhkan pada 1989, adalah salah satu dari pusat barang perhiasan yg paling cepat berkembang di UAE dan negara2 GCC. 

" Negara2 utama Eropah sedang berhadapan dgn kesulitan utk mengatasi masalah inflasi dan krisis hutang, Jepun telah dilanda bencana alam dan Amerika Syarikat masih belum keluar dari masalah kemelesetan ekonomi" katanya dan menambah masalah dan hari2 yg lebih sukar menanti Amerika dan negara2 barat yg lain.

Beliau berkata harga minyak kekal pada trand menaik tetapi volatile tradenya masih kurang menyakinkan pelabur utk melabur dlm black gold, dan ini tidak memberi mereka pilihan melainkan untuk melabur dalam emas (logam kuning).

" Saya percaya harga minyak akan berada diluar kawalan dan akan stabil pada nilai $200 / tong untuk beberapa tahun akan datang".

" Dgn mempertimbangkan semua situasi ini, pelabur percaya pelaburan emas ini adalah satu langkah yang selamat dan mereka yakin akan memberi pulangan yang tinggi" kata Merchant. 

" Harga emas akan berada antara $1700 dan §1800 per aun menjelang akhir tahun 2011" beliau berkata dan menambah harganya boleh mencecah angka $3000 dalam masa 3 hingga 5 tahun lagi disebabkan permintaan yg tinggi dan keyakinan pelabur keatas logam kuning ini.

* Sumber : khaleejtimes.com

:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Saturday, June 4, 2011

Dinar Dirham: KGT sasar 20 ribu kedai


Assalamualaikum,


* pix ejoesolutions.com *

Selain dari jongkong emas 10g atau 20g dll, dinar dan dirham juga byk digunakan terutamanya di Kelantan kerana lebih dari 800 kedai di Kelantan menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang mereka utk aktiviti jual beli. Oleh itu, Dinar dan Dirham Kelantan amatlah diminati di Kelantan bukan hanya mudah utk didapati, tetapi juga ianya dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan dibwh Kelantan Golden Trade (KGT). 

Senarai kedai2 di Kelantan yg menerima dinar dan dirham --> klik sini


Berikut adalah artikel yg dipetik dari akhbar HarakahDaily bertarikh 28 Mei 2011.

* pix harakahdaily.net *


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com