Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Saturday, September 3, 2011

Minggu hadapan (5/9/2011) - Mungkin menyaksikan harga emas meningkat


Assalamualaikum,

Harga emas dijangka meningkat minggu hadapan dimana kebanyakkan mereka yang mengambil bahagian menjadikan isu kemelut ekonomi yang berterusan ini sebagai sebab utk menyokong keputusan mereka melabur dalam pasaran emas.

Dalam Kitco News Gold Survey, daripada 34 yang mengambil bahagian, 25 daripada mereka memberi respon pada minggu ini. Dari 25 yang memberi respon, 20 daripada mereka merasakan harga akan naik minggu hadapan, 2 daripada mereka merasakan sebaliknya dan 3 yang lain melihat harga emas tidak berubah. Mereka yang mengambil bahagian dalam survey ini terdiri daripada para peniaga, bank pelaburan, potential peniaga dan penganalisis carta teknikal.

Kebimbangan di Eropah dan laporan pekerjaan di US yang suram membantu untuk merangsang kembali harga emas ke tahap $1,800 pada jumaat lalu dan kebanyakkan peserta menjangkakan kebimbangan ini akan berterusan dan menguatkan lagi harga emas dunia.

Mereka juga berkata pasaran akan menantikan ucapan dari President Barak Obama pada hari khamis depan, dimana beliau perlu utk membentangkan kertas kerjanya. Adakah ucapan beliau akan menyakinkan semula pelabur utk ke pasaran saham dunia? Sama-sama kita nantikan.


* pix kitco.com *

* source : http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_september02.2011.html