Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Sunday, September 11, 2011

Minggu hadapan (12/9/2011) - Harga emas masih lagi diramal mengalami peningkatan


Assalamualaikum,

Peserta survey di Kitco News´ Gold Survey berbelah bagi untuk memberikan ramalan mereka bagi harga emas pada minggu hadapan. Akan tetapi lebih separuh dari mereka meramalkan harga emas akan meningkat disebabkan kebimbangan pelabur mengenai ekonomi eropah dan ekonomi US serta ketidaktentuan politik yang berlaku.

Namun, tidak semua dari mereka yakin, disebabkan pergerakan naik turun harga emas yang agak ketara dan kesukaran emas untuk bergerak melepasi paras $1,900/oz.

Daripada 34 peserta yang memberikan ramalan, 21 dari mereka memberikan maklumbalas pada minggu ini. 9 dari mereka meramalkan harga emas akan meningkat, 6 meramalkan sebaliknya manakala 6 daripada mereka meramalkan harga tidak berubah.

Sterling Smith, penasihat komoditi dagangan dan penganalisis pasaran utk Country Hedging berkata beliau positif yang harga emas akan meningkat disebabkan oleh masalah yang semakin meningkat di Greece. 

President Obama membentangkan ucapannya pada khamis lepas menggariskan pelan kira-kira $450 billion untuk meningkatkan peluang pekerjaan, namun masih mendapat tentangan dari Republikan, maka ketegangan politik US ini akan menyokong kenaikan harga emas pada minggu hadapan.

Namun masih ramai yang tidak yakin harga emas akan naik. Ada yang mengatakan sentimen negatif terhadap ekonomi US akan menyebabkan harga emas berada pada tahap sekarang. Ada yang menambah pasaran perlu membina asas selepas 2 kali percubaan untuk melepasi tahap $1,900/oz, ditambah pula dengan mesyuarat Federal Open Market Committee pada 21-22 Sept lepas mungkin menyebabkan harga emas tidak berubah. Tetapi tidak bermakna emas tidak akan berlaku kenaikan dan penurunan sepanjang minggu hadapan. 

* pix kitco.com *

* source :  http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_september09.2011.html