Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Sunday, July 24, 2011

Renminbi. Apa kaitan dengan ekonomi dunia?



Assalamualaikum,


Renminbi (bahasa Cina: 人民幣, bermaksud duit rakyat) merupakan mata wang Republik Rakyat China. Nama penuh bagi Renminbi ialah Syling Bank Rakyat China. Singkatan kod rasmi ISO 4217 ialah CNY(ChiNYuan), Tetapi singkatan yang digunakan pada peringkat antarabangsa ialah RMB dan simbolnya ialah . -Wikipedia-

Matawang negara china ini boleh dikira yang terbaik untuk menggantikan USD dan Euro sebagai matawang perdagangan dunia. Lagi dari Utusan Online :


* pix utusan.com.my *


KUALA LUMPUR 19 Julai - Renminbi mampu mencatat jumlah dagangan mata wang tertinggi di dunia jika ia digunakan sebagai penyelesaian perdagangan, sekali gus bakal memberi persaingan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan euro.

Ketua Perancangan dan Strategi Perniagaan The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Ltd. Hong Kong, Thomas Poon meramalkan penggunaan Renminbi atau kini dipanggil Redback digunakan sebagai penyelesaian boleh tukar dalam tempoh empat atau lima tahun lagi atau selewat-lewatnya pada tahun 2020.

Katanya, oleh sebab, China kini merupakan kuasa kedua terbesar dalam ekonomi dunia, sewajarnya penggunaan Renminbi diberi pertimbangan oleh negara-negara yang menjalinkan hubungan dagangan.

Beliau berkata, penggunaan Renminbi dalam penyelesaian dagangan kepada perniagaan mampu mengurangkan kos transaksi penggunaan mata wang pihak ketiga (dolar AS).

''Contohnya perdagangan China-Malaysia, mengapa perlunya menggunakan dolar AS sebagai transaksi.

''Bukankah ia lebih menguntungkan sekiranya penggunaan Renminbi kerana transaksi melibatkan antara China dan Malaysia sahaja,'' katanya ketika ditemui selepas forum Activate Asia: Asean-China: Awakening of New Company anjuran HSBC Business di sini hari ini.

Tambahnya, ia bukan sahaja tidak terdedah kepada turun naik dolar AS sehingga terpaksa melindung nilai mata wang tersebut.

Poon berkata, sehingga hari ini penggunaan Renminbi telah menerima reaksi positif dalam dagangan dengan unjuran 56 peratus pengeksport dan pengimport menggunakan mata wang tersebut dalam transaksi pada 2011.

Malah, 17 negara-negara utama turut meningkatkan aktiviti dagangan menggunakan Renminbi pada tahun ini.

''Lebih separuh transaksi dagangan China yang bernilai AS$2 trilion (RM6 trilion) telah diselesaikan dalam Renminbi,'' tambahnya.

Beliau berkata, Hong Kong pula dijangka menyelesaikan nilai dagangan yang mencecah RMB2.2 trilion (RM1.1 trilion) menjelang 2020.

Poon berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh perbankan antarabangsa itu mendapati 50 pelanggannya bersedia untuk menggunakan Renminbi sebagai penyelesaian perdagangan.

Manakala bakinya masih berhadapan dengan beberapa masalah yang membabitkan pembekal dan pembeli.

Berikutan itu, katanya, The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Ltd. akan mempergiatkan proses pendidikan mengenai kelebihan RMB meskipun usaha itu telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

Sunday, July 17, 2011

Bagaimana harga emas untuk minggu hadapan?


Assalamualaikum,

Minggu ni adalah minggu yang paling indah bagi kaki-kaki traders, pakar-pakar pajak dan pelabur-pelabur tegar emas. Minggu ni la dimana mereka mengaut keuntungan dari kenaikan harga emas yg agak drastik. Kenaikan dari USD1541/oz kepada USD1594/oz dalam masa seminggu cukup memberangsangkan. 

Apatah lagi apabila emas sekali lagi mencatat paras tertinggi dalam sejarah (USD1594/oz). Dan kenaikan ini agak jarang berlaku jika dibandingkan dgn tahun sebelumnya kerana harga emas akan mula menunjukkan peningkatan pada akhir julai atau awal ogos. 

Namun fenomena ini berlaku kerana USD yang semakin lemah, kerajaan US sedaya-upaya ingin menaikkan `debt ceiling´ dan keadaan berhati-hati yg berterusan oleh negara seperti Greece, Sepanyol, Portugal, Ireland dan Itali keatas `EURO debt´ mereka. 


Analisa Teknikal untuk mengetahu apa yg akan berlaku minggu hadapan :


* MetaTrader : graf pada 17 Julai 2011 dimana market tutup pada 15 Julai *


Daripada graf diatas :


  • Pada 15 Julai 2011, kita nampak hammer dan muncul dan ini menandakan mungkin berlaku reversal pada minggu hadapan. Namun, candlestick pada minggu hadapan akan menentukan samada trend akan terus menaik atau menurun. 
  • Namun, dijangka para pelabur akan mula mengambil untung dari pelaburan mereka minggu hadapan.
  • Stoch juga menunjukkan keadaan overbought, dan mungkin akan berlaku reversal minggu hadapan.

Graf diatas cuma sebagai panduan dan bukanlah ramalan tepat. Terdapat pelbagai faktor yang masih lagi dpt mempengaruhi harga emas dunia disamping peristiwa yang tidak dapat dielakkan / secara tiba-tiba terjadi.


Tuesday, July 12, 2011

Harga emas RM202.57 segram


Assalamualaikum,

Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014


* pix bharian.com.my *


HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.

“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.


:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com

Thursday, July 7, 2011

Emas VS Mata Wang (Baca betul2)


Assalamualaikum,

Kita dah berbincang pasal aspek teknikal dan segalanya berkaitan emas. Tapi kali ni saya nak sentuh pasal asas pelaburan emas dan bukannya wang kertas / matawang. Kita lihat perbezaan antara dua jenis pelaburan ini :

* pix miningspot.com *


Emas sangat bernilai kerana mempunyai nilai tersendiri dan tidak boleh dimanipulasi.
Wang kertas diberi nilai dan mudah untuk dimanipulasi (mudah dicop).

Emas tidak pernah susut nilainya dan kalis inflasi. Contohnya pada zaman Rasulullah s.a.w, seekor kambing berharga 1 dinar. Pada zaman sekarang, seekor kambing juga bernilai 1 dinar (kira2 RM660).
Wang kertas setiap hari semakin susut nilainya. Contohnya, kadar tukaran euro ke ringgit adalah lebih tinggi 5-10 tahun yg lalu berbanding hari ini.

* pix gulfnews.com *

Emas adalah pelaburan rendah risiko dan menguntungkan untuk jangkamasa panjang. Contohnya klau kita nak mengerjakan haji pada tahun 2006, kita memerlukan kira2 68 keping dinar. Tetapi pada tahun 2010, lebih kurang 18 keping dinar shj yg diperlukan untuk menunaikan haji. Maka, tak perlu keluarkan satu sen pun utk tunaikan haji.
Wang kertas hanya menguntungkan melalui kutipan dividen setiap tahun. Contohnya utk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah RM 8000. Pada tahun 2010, sekitar RM10000. Maka, perlu ditambah RM 2000 utk menunaikan haji. Bermakna duit kita akan terus susut tetapi tidak bagi emas.

Emas laku diserata dunia. Lihat shj org kemboja yg berhijrah ke Malaysia. Kini mereka kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal perniagaan. Sekiranya mereka bawa duit kertas mereka, nescaya tidak laku kerana negara mereka kacau bilau pada ketika itu.
Wang kertas laku pada keadaan aman shj. Contohnya di Iraq, lepas kejatuhan Saddam, wang kertas mereka terus tiada nilai.

Emas disimpan oleh kebanyakkan pakar2 ekonomi didunia kerana mereka tahu akan ketidakstabilan nilai matawang.
Wang kertas disimpan oleh rakyat jelata. Setiap bulan, dpt gaji dan beratur2 nak masukkan duit dlm akaun bank.

* pix pakalertpress.com *
Emas disimpan paling byk oleh negara China. Untung dari perniagaan mereka, mereka simpan emas. Tidak mustahil dlm masa terdekat, China akan menjadi kuasa besar dunia yg baru.
Wang kertas dicetak paling byk oleh Amerika Syarikat. Mereka cetak duit, pastu beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan. Mereka cetak wang kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas.

PALING PENTING

Emas meningkat 12-23% setahun (menurut Kitco).
Wang kertas sentiasa susut nilai dari tahun ke tahun dan dikatakan susut nilainya sehingga 37% setahun. Bonus ASB pun baru 8% setahun. Bermakna org yg simpan duit ASB rugi 29%. Tapi ramai yg tak nampak benda tu. Yang kita nampak, wang kertas kita makin byk kat dlm bank sbb dpt divident setiap tahun.

* pix pmbg.net *

Kesimpulannya, kita sebagai pelabur perlu tahu apa yg kita mahukan. Sekiranya kita mahukan kehidupan yg lebih terjamin di masa hadapan, buatlah pelaburan anda bersandarkan emas dan perak. Wang kertas digunakan hanya untuk urusan seharian kerana kita masih lagi menggunakan wang kertas utk jual beli seharian. Bijak menggunakan segala peluang yang ada kerana anda masih lagi tidak terlambat sebelum emas terus melambung mencecah USD20,000/oz. Ianya satu anggaran yg tidak mustahil dan satu masa ianya pasti akan tiba. 



:: Sebarang pertanyaan tentang emas atau ingin membuat pesanan emas, bolehlah email ke  
laburdiemas@yahoo.com


Monday, July 4, 2011

SeTapak Emas Enterprise: Harga Litegold Memang Terbaik !!!

SeTapak Emas Enterprise: Harga Litegold Memang Terbaik !!!: "Assalamualaikum, HARGA TERMASUK UPAH SIMPAN SPREAD CUMA SERENDAH 8.7% TIADA KOS PENGHANTARAN Itulah hakikat memiliki barang kemas k..."