Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Thursday, December 22, 2011

Apa rasionalnya kematian Kim Jong Il dengan logam berharga (precious metal)?

Assalamualaikum,


* pix japanfocus.org *


Pemimpin Korea Utara itu meninggal dunia beberapa hari yang lepas. Walaupun sekarang ini kita tidak tahu apa yang berlaku dibelakang sempadan negara itu, tetapi apa yang kita tahu ialah anaknya sepatutnya mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu. Namun, ianya tidak seperti yang diharapkan pada waktu ini.

Ini akan menimbulkan banyak kebimbangan. Sekiranya Korea Utara melancarkan serangan ke Korea Selatan, kemungkinan akan berlakunya kegawatan yang besar dan mungkin juga letupan bom nuklear akan berlaku. China yang mungkin tidak akan berpihak kepada Korea Utara, senario "kiamat" ini sekurang-kurangnya boleh menjadi asas utk menentang Amerika Syarkat. Walaupun perang dunia tidak akan berlaku hanya kerana perkara ini, tetapi ia masih berkemungkinan utk terjadi.

* pix usnews.com *


Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pada asasnya terdapat 3 perkara yang mungkin terjadi disebabkan kematian Kim Jong Il :

1) Anaknya memulakan konflik dan ini pada dasarnya akan membawa kepada perang - tak kesahlah mungkin dari sekecil-kecil konflik kepada sebesar-besar perang dunia. Kemungkinan besar ianya hanyalah konflik serantau dan ancaman terbesar mungkin dengan letupan bom nuklear.

2) Hanya kata-kata kosong dari anaknya. Sekiranya ianya terjadi, seluruh dunia mungkin akan lebih baik keadaanya.

3) Anaknya kehilangan kuasa. Ianya tidak mustahil walaupun tiada yang tahu bagaimana ianya akan terjadi. Mungkin beliau hilang kuasa kepada kumpulan yang lebih waras atau more insane group. 

Jadi apa yang terjadi kepada logam berharga?

Bila peperangan terjadi, banyak kemusnahan berlaku. Ia akan memusnahkan segalanya termasuklah melumpuhkan ekonomi sesebuah negara itu. 

Ini juga bermakna Amerika Syarikat akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan. Peluru dan bom yang mahal dan juga minyak serta kos menyediakan kereta kebal dan kos pengangkutan untuk beratus-ribu tentera.

Ini bermakna, jika berlaku peperangan, perbelanjaan akan meningkat, masalah hutang akan menjadi lebih teruk.Ia akan menyebabkan kegawatan dan jika ianya berlaku, ramai yang akan mula mencari emas dan perak tidak kira apa jua harganya pada masa itu. 




Friday, December 9, 2011

Kesan Krisis Euro : Malaysia dijangka paling teruk

Assalamualaikum,

Sekiranya krisis ekonomi terjadi dalam masa terdekat, ada pihak yang menyatakan Malaysia akan terjejas teruk setanding singapura dan Hong Kong. Ini adalah pembuka mata kepada masyarakat betapa pentingnya kita mengetahui serba sedikit tentang apa yang terjadi berkaitan ekonomi di Malaysia mahupun di dunia. Ini kerana kita akan lebih bersedia dalam menghadapi krisis ekonomi sekiranya ia benar-benar terjadi. Ikut berita selanjutnya yang dipetik dari Harakah Online :

* pix cellphonedigest.net*


Monday, December 5, 2011

Produk Sinargold - Ready Stok !!!

Assalamualaikum,


Produk-produk yang available :


R001 - 2.14, 2.10, 2.09, 2.14, 2.12g
R002 - 1.87g
P001 - 5.83, 5.86, 5.89g
P002 - 6.78g
P003 - 7.70g
P004 - 1.69, 1.79g
B003 - 10.04g
N001 - 20.10g
BB003 - 10.14g
BB004 - 10.14g


Lihat produk disini : http://setapak-emas.blogspot.com/p/produk-terbaik-sinargold.html

Nak pesan, hubungi saya (salahuddin) di 019-3501284.

Lock dan bankin dari jam 11pg - 3 ptg.

Thursday, December 1, 2011

Usaha elak krisis mata wang euro

Assalamualaikum,

Sekarang ni krisis ekonomi terutamanya di eropah semakin meruncing. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan matawang euro mereka sekurang-kurangnya tidak gagal. Sekiranya mereka gagal menangani masalah krisis matawang ini, bursa saham mereka akan runtuh, dan mungkin menyebabkan harga emas dan komoditi lain melambung tinggi.

Ikuti berita selanjutnya dari akhbar kosmo! Online :



* pix kosmo.com.my *


* source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Monday, November 28, 2011

Kemelesetan ekonomi - Impak pada kehidupan harian dan cara mempersiapkan diri

Assalamualaikum semua,

Pos yang lepas telah saya bincangkan berkaitan :

  • Apa itu kemelesetan ekonomi?
  • Apa yang menyebabkan kemelesetan ekonomi terjadi?
  • Apa yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi secara amnya?
Harini saya nak sambung pos itu dengan membincangkan tentang bagaimana kehidupan seharian kita boleh terjejas akibat kemelesetan ekonomi dan cara-cara untuk mempersiapkan diri menghadapinya.

Bagaimana kemelesetan ekonomi mempengaruhi kehidupan seharian kita?

1) Hilang pekerjaan

* pix inkcinct.com.au *

Syarikat yang menanggung kerugian atau yang memperolehi keuntungan yang sikit akan mula memberhentikan pekerja-pekerja mereka. Kemelesetan ekonomi ialah dimana anda kehilangan pekerjaan, depression (kemurungan) adalah dimana anda hilang akal.

2) Kekangan kewangan

* pix cartoonstock.com *

Apabila banyak barang makanan yang meningkat harganya, maka ianya memberi sedikit tekanan dalam kewangan keluarga sehinggakan ada yang terpaksa membuat pinjaman akibat keadaan yang mendesak. 

3) Melihat portfolio pelaburan anda semakin lama semakin kecil

* pix cartoonstock.com *

Apabila pasaran saham mahupun pelaburan yang lain mengalami penurunan, dan mereka ini yang begitu ghairah melabur tanpa sebarang backup planning, risiko yang tinggi mungkin akan ditanggung oleh mereka. Mungkin dalam masa sehari sahaja mereka boleh melihat portfolio pelaburan mereka berkurangan sehingga 50%. 

Bagaimana hendak mempersiapkan diri menghadapi kemelesetan ekonomi?

* pix lilithnews.com *
  • Buat satu worst-case scenario - contoh sekiranya jualan perniagaan anda menurun sebanyak 50%. 
  • Bina satu Emergency Fund sebagai backup anda selama mungkin 6 bulan.
  • Tidak kira anda bekerja sebagai apa, pastikan anda sentiasa memberikan yang terbaik.
  • Pelbagaikan sumber pendapatan anda.
  • Belajar untuk menggunakan wang anda kurang dari pendapatan bulanan anda.
  • Sekiranya semuanya kurang menjadi, tukar cara hidup anda. Belajar hidup cara besederhana. 

Thursday, November 24, 2011

Bagaimana kemelesetan ekonomi terjadi?

Assalamualaikum,

Asyik bercakap pasal emas je. Harini nak tulis berkaitan perkara asas dimana ianya memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju harga emas dunia. Maka, kita akan bercakap mengenai kemelesetan ekonomi dunia. 

* pix cartoonstock.com *


Apa itu kemelesetan ekonomi?

Kemelesetan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai penurunan ketara dalam aktiviti ekonomi yang berlarutan sehingga beberapa bulan lamanya. Dalam bahasa ekonominya ialah penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara atau pertumbuhan ekonomi sebenar yang negatif untuk dua atau lebih suku berturut-turut dalam setahun.

Kemelesetan ekonomi yang teruk atau panjang disebut sebagai Kemurungan Ekonomi (Economic Depression). Perkara paling buruk yang boleh terjadi pada sesebuah ekonomi itu yang disebabkan oleh depression yang teruk atau hyperinflasi dipanggil kejatuhan ekonomi (Economic collapse). 

Adakah Malaysia menuju kearah kemelesetan ekonomi? Kita tidak akan tahu sehinggalah ianya benar-benar terjadi. 


Apa yang menyebabkan kemelesetan ekonomi?

Sebenarnya sebab-sebab yang pasti menyebabkan kemelesetan ekonomi masih tidak diketahui. Namun ada beberapa sebab/penerangan tradisi berkaitan punca berlakunya kemelesetan ekonomi. Antaranya :

  • Kenaikan kadar faedah.
  • Keyakinan pengguna yang semakin pudar.
  • Firma-firma mengurangkan pengeluaran dan memberhentikan banyak pekerja disebabkan oleh permintaan yang semakin berkurangan. Ini menyebabkan ekonomi akan menjadi lembap.

Apa yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi?

1) Kadar pengangguran meningkat


* pix paschaldonohoe.ie *

Perkara paling ketara adalah kadar pengangguran. Semasa kemelesetan, sumbangan kepada ekonomi negara menurun. Walaupun terdapat ramai orang mencari pekerjaan diluar sana, tetapi mereka yang menawarkan pekerjaan adalah jauh lebih rendah.

2) Pasaran saham merudum


* pix darnmalaysia.com*


Semasa kemelesetan, kebanyakkannya bersikap konservatif. Mereka yang kehilangan pekerjaan, mereka yang mengalami kerugian didalam perniagaan, mereka perlukan wang untuk menampung kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka akan menjual saham mereka untuk dijadikan wang keperluan harian mereka atau membayar kerugian perniagaan mereka. Maka, pasaran saham akan merudum.

3) Harga tanah menjunam

* pix de.toonpool.com *

Kerana kurang permintaan dalam pasaran hartanah. Jika mereka tidak menjual saham mereka, mereka akan menjual/melelong rumah-rumah mereka. Senario ini menyebabkan mereka terpaksa menurunkan harga rumah mereka. Jika itu terjadi, ianya memberi peluang yang cerah untuk mereka memiliki rumah pada harga yang jauh lebih murah. Juga kadar lelongan yang jauh lebih rendah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah.


Bagaimana kemelesetan ekonomi memberi impak kepada kehidupan seharian anda? Bersambung...

Monday, November 21, 2011

Syarat bank ketat

Assalamualaikum,

Kali ni nak bercakap berkaitan bank dan pinjaman. Tak kesah la pinjaman peribadi, rumah, kereta atau lain-lain. Cuma petikan akhbar ini menulis berkaitan prosedur bank yang akan diketatkan mulai januari tahun 2012 berkaitan pinjaman. Kenapa ? Sebab inilah tanda akan berlakunya ketidaktentuan dalam ekonomi dunia bermula tahun hadapan.


* pix cartoonstock.com *





Saturday, November 19, 2011

Saham Asia ditutup tidak menentu

Assalamualaikum,

Pasaran saham tidak menentu dan mengarah kearah kejatuhan pasaran saham adalah tanda-tanda ingin berlakunya kegawatan ekonomi. Jika ini berlaku, adakah ianya akan seburuk pada masa lepas ataupun masih ditahap yang terkawal? Apa-apa pun yang berlaku, persiapkan diri kita untuk menempuh hari-hari yang tidak kita duga. 

* pix theterriorgroup.blogspot.com *




Friday, November 18, 2011

Hutang AS cecah RM47.39 trilion

Assalamualaikum,

Sedikit petikan akhbar berkaitan hutang amerika syarikat yang semakin lama semakin meningkat.


* pix  mercuryreliance.wordpress.com *



* source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Wednesday, November 16, 2011

Elak tertipu beli emas

Assalamualaikum,

Skim 30:70 dan lama bermaharajalela. Cuma ramai lagi orang yang tidak tahu akan penipuan mereka yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjadikan pelanggan mereka mangsa penipuan. Namun, baru-baru ini ada yang membawa aktiviti ini hingga ke muka akhbar menjadikan ianya perlu dipandang serius oleh ramai pihak agar tidak lagi berlaku penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


* pix tr.toonpool.com *






Monday, November 14, 2011

Hutang negara-negara kaya

Assalamualaikum,

Ekonomi di Eropah ibarat ditelan mati mak, diluah mati ayah...Semuanya yang dibuat hanya menunggu masa untuk hancur. Jika hancur sendirian, tidak mengapa. Tetapi ianya melibatkan banyak pihak dan pihak-pihak ini mempunyai kepentingan mereka sendiri menyebabkan mereka tidak dapat membiarkan negara yang menuju kehancuran terjun bersama labu-labunya. Maka, banyak la agenda yang dirancang untuk menyelamatkan ekonomi di Eropah yang sedang tenat. 

* pix usawatchdog.com *


Lakaran kartun diatas cukup menarik. Seperti domino, mereka akan jatuh satu persatu sekiranya tiada langkah-langkah untuk mengukuhkan / mengubat kecederaan parah yang mereka alamni sekarang ini. Sebenarnya bukan di Eropah sahaja, malah diseluruh dunia. Namun, buat masa sekarang, isu ekonomi di Eropah yang hangat diperkatakan.

Kita baca petikan akhbar Kosmo bertarikh 14/11/2011 yang menulis berkaitan hutang yang ditanggung oleh negara-negara kaya. 





Friday, November 11, 2011

Petanda Kemelesetan Ekonomi - Harga saham susut mendadak

Assalamualaikum,

Ekonomi Dunia sedang mengalami kemelesetan dan ianya disokong oleh berita yang dikeluarkan akhbar Berita Harian hari ini apabila harga saham jatuh merudum. Jika jatuh merudum, para pelabur mula panik untuk menjual saham mereka atau mereka akan panik untuk membeli emas. Pada masa yang sama, ada yang menjual emas untuk menanggung kerugian dari saham2 mereka. Susah nak jangka akan situasi-situasi itu. Apa-apapun sila baca petikan akhbar Berita Harian ini :


Tuesday, November 8, 2011

SeTapak Emas Enterprise: Megasale Produk Sinargold akan bermula dari 14 - 30 Nov 2011

SeTapak Emas Enterprise: Megasale Produk Sinargold akan bermula dari 14 - 3...:

Assalamualaikum,


Megasale yang akan bermula nnti semestinya memberikan anda HARGA TERMURAH.


DISKAUN 4%

Pilih barang kemas anda dari 21 jenis yang diperkenalkan Sinargold. Sangat berbaloi kerana harga emas dijangka akan terus meningkat sehingga penghujung tahun ini.

Sebarang info berkaitan Sinargold bolehlah lihat di :

Sunday, November 6, 2011

Seminar Pengurusan, Pelaburan dan Manipulasi Stok Emas Kali ke-2

Assalamualaikum,

Semua orang boleh pajak barang kemas di Ar-Rahnu tapi tak semua yang pergi memajak tahu cara yang betul untuk membuat pajakan. Sebab tu la ada yang tercekik, ada yang menggelabah bila harga emas merudum, ada yang pajak tapi emas mereka tidak diterima, itu belum lagi mereka yang ditipu skim 30-70 yang semakin bermaharajalela. 

Nak tahu cara yang betul untuk memajak? Sila daftarkan diri anda untuk seminar yang akan diadakan pada 27/11/2011 di Gombak. Kehadiran anda amatlah kami alu-alukan. Masuk adalah PERCUMA. Tempat adalah terhad untuk 40 orang sahaja. 

Ini bukan skim cepat kaya, bukan MLM. Ini adalah ilmu ikhlas dari warga KEB. 

Sila sms / hubungi saya Mohd Salahuddin Setapak Emas (019-3501284) untuk mendaftar. TERIMA KASIH.



(klik pada gambar utk paparan lebih besar)