Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Thursday, December 22, 2011

Apa rasionalnya kematian Kim Jong Il dengan logam berharga (precious metal)?

Assalamualaikum,


* pix japanfocus.org *


Pemimpin Korea Utara itu meninggal dunia beberapa hari yang lepas. Walaupun sekarang ini kita tidak tahu apa yang berlaku dibelakang sempadan negara itu, tetapi apa yang kita tahu ialah anaknya sepatutnya mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu. Namun, ianya tidak seperti yang diharapkan pada waktu ini.

Ini akan menimbulkan banyak kebimbangan. Sekiranya Korea Utara melancarkan serangan ke Korea Selatan, kemungkinan akan berlakunya kegawatan yang besar dan mungkin juga letupan bom nuklear akan berlaku. China yang mungkin tidak akan berpihak kepada Korea Utara, senario "kiamat" ini sekurang-kurangnya boleh menjadi asas utk menentang Amerika Syarkat. Walaupun perang dunia tidak akan berlaku hanya kerana perkara ini, tetapi ia masih berkemungkinan utk terjadi.

* pix usnews.com *


Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pada asasnya terdapat 3 perkara yang mungkin terjadi disebabkan kematian Kim Jong Il :

1) Anaknya memulakan konflik dan ini pada dasarnya akan membawa kepada perang - tak kesahlah mungkin dari sekecil-kecil konflik kepada sebesar-besar perang dunia. Kemungkinan besar ianya hanyalah konflik serantau dan ancaman terbesar mungkin dengan letupan bom nuklear.

2) Hanya kata-kata kosong dari anaknya. Sekiranya ianya terjadi, seluruh dunia mungkin akan lebih baik keadaanya.

3) Anaknya kehilangan kuasa. Ianya tidak mustahil walaupun tiada yang tahu bagaimana ianya akan terjadi. Mungkin beliau hilang kuasa kepada kumpulan yang lebih waras atau more insane group. 

Jadi apa yang terjadi kepada logam berharga?

Bila peperangan terjadi, banyak kemusnahan berlaku. Ia akan memusnahkan segalanya termasuklah melumpuhkan ekonomi sesebuah negara itu. 

Ini juga bermakna Amerika Syarikat akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan. Peluru dan bom yang mahal dan juga minyak serta kos menyediakan kereta kebal dan kos pengangkutan untuk beratus-ribu tentera.

Ini bermakna, jika berlaku peperangan, perbelanjaan akan meningkat, masalah hutang akan menjadi lebih teruk.Ia akan menyebabkan kegawatan dan jika ianya berlaku, ramai yang akan mula mencari emas dan perak tidak kira apa jua harganya pada masa itu.