Pos yang lepas telah saya bincangkan berkaitan :
- Apa itu kemelesetan ekonomi?
- Apa yang menyebabkan kemelesetan ekonomi terjadi?
- Apa yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi secara amnya?
Harini saya nak sambung pos itu dengan membincangkan tentang bagaimana kehidupan seharian kita boleh terjejas akibat kemelesetan ekonomi dan cara-cara untuk mempersiapkan diri menghadapinya.
Bagaimana kemelesetan ekonomi mempengaruhi kehidupan seharian kita?
1) Hilang pekerjaan
* pix inkcinct.com.au * |
Syarikat yang menanggung kerugian atau yang memperolehi keuntungan yang sikit akan mula memberhentikan pekerja-pekerja mereka. Kemelesetan ekonomi ialah dimana anda kehilangan pekerjaan, depression (kemurungan) adalah dimana anda hilang akal.
2) Kekangan kewangan
* pix cartoonstock.com * |
Apabila banyak barang makanan yang meningkat harganya, maka ianya memberi sedikit tekanan dalam kewangan keluarga sehinggakan ada yang terpaksa membuat pinjaman akibat keadaan yang mendesak.
3) Melihat portfolio pelaburan anda semakin lama semakin kecil
* pix cartoonstock.com * |
Apabila pasaran saham mahupun pelaburan yang lain mengalami penurunan, dan mereka ini yang begitu ghairah melabur tanpa sebarang backup planning, risiko yang tinggi mungkin akan ditanggung oleh mereka. Mungkin dalam masa sehari sahaja mereka boleh melihat portfolio pelaburan mereka berkurangan sehingga 50%.
Bagaimana hendak mempersiapkan diri menghadapi kemelesetan ekonomi?
* pix lilithnews.com * |
- Buat satu worst-case scenario - contoh sekiranya jualan perniagaan anda menurun sebanyak 50%.
- Bina satu Emergency Fund sebagai backup anda selama mungkin 6 bulan.
- Tidak kira anda bekerja sebagai apa, pastikan anda sentiasa memberikan yang terbaik.
- Pelbagaikan sumber pendapatan anda.
- Belajar untuk menggunakan wang anda kurang dari pendapatan bulanan anda.
- Sekiranya semuanya kurang menjadi, tukar cara hidup anda. Belajar hidup cara besederhana.