Emas Semasa Dunia

Perak Semasa Dunia

Friday, December 9, 2011

Kesan Krisis Euro : Malaysia dijangka paling teruk

Assalamualaikum,

Sekiranya krisis ekonomi terjadi dalam masa terdekat, ada pihak yang menyatakan Malaysia akan terjejas teruk setanding singapura dan Hong Kong. Ini adalah pembuka mata kepada masyarakat betapa pentingnya kita mengetahui serba sedikit tentang apa yang terjadi berkaitan ekonomi di Malaysia mahupun di dunia. Ini kerana kita akan lebih bersedia dalam menghadapi krisis ekonomi sekiranya ia benar-benar terjadi. Ikut berita selanjutnya yang dipetik dari Harakah Online :

* pix cellphonedigest.net*


Monday, December 5, 2011

Produk Sinargold - Ready Stok !!!

Assalamualaikum,


Produk-produk yang available :


R001 - 2.14, 2.10, 2.09, 2.14, 2.12g
R002 - 1.87g
P001 - 5.83, 5.86, 5.89g
P002 - 6.78g
P003 - 7.70g
P004 - 1.69, 1.79g
B003 - 10.04g
N001 - 20.10g
BB003 - 10.14g
BB004 - 10.14g


Lihat produk disini : http://setapak-emas.blogspot.com/p/produk-terbaik-sinargold.html

Nak pesan, hubungi saya (salahuddin) di 019-3501284.

Lock dan bankin dari jam 11pg - 3 ptg.

Thursday, December 1, 2011

Usaha elak krisis mata wang euro

Assalamualaikum,

Sekarang ni krisis ekonomi terutamanya di eropah semakin meruncing. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan matawang euro mereka sekurang-kurangnya tidak gagal. Sekiranya mereka gagal menangani masalah krisis matawang ini, bursa saham mereka akan runtuh, dan mungkin menyebabkan harga emas dan komoditi lain melambung tinggi.

Ikuti berita selanjutnya dari akhbar kosmo! Online :



* pix kosmo.com.my *


* source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Monday, November 28, 2011

Kemelesetan ekonomi - Impak pada kehidupan harian dan cara mempersiapkan diri

Assalamualaikum semua,

Pos yang lepas telah saya bincangkan berkaitan :

  • Apa itu kemelesetan ekonomi?
  • Apa yang menyebabkan kemelesetan ekonomi terjadi?
  • Apa yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi secara amnya?
Harini saya nak sambung pos itu dengan membincangkan tentang bagaimana kehidupan seharian kita boleh terjejas akibat kemelesetan ekonomi dan cara-cara untuk mempersiapkan diri menghadapinya.

Bagaimana kemelesetan ekonomi mempengaruhi kehidupan seharian kita?

1) Hilang pekerjaan

* pix inkcinct.com.au *

Syarikat yang menanggung kerugian atau yang memperolehi keuntungan yang sikit akan mula memberhentikan pekerja-pekerja mereka. Kemelesetan ekonomi ialah dimana anda kehilangan pekerjaan, depression (kemurungan) adalah dimana anda hilang akal.

2) Kekangan kewangan

* pix cartoonstock.com *

Apabila banyak barang makanan yang meningkat harganya, maka ianya memberi sedikit tekanan dalam kewangan keluarga sehinggakan ada yang terpaksa membuat pinjaman akibat keadaan yang mendesak. 

3) Melihat portfolio pelaburan anda semakin lama semakin kecil

* pix cartoonstock.com *

Apabila pasaran saham mahupun pelaburan yang lain mengalami penurunan, dan mereka ini yang begitu ghairah melabur tanpa sebarang backup planning, risiko yang tinggi mungkin akan ditanggung oleh mereka. Mungkin dalam masa sehari sahaja mereka boleh melihat portfolio pelaburan mereka berkurangan sehingga 50%. 

Bagaimana hendak mempersiapkan diri menghadapi kemelesetan ekonomi?

* pix lilithnews.com *
  • Buat satu worst-case scenario - contoh sekiranya jualan perniagaan anda menurun sebanyak 50%. 
  • Bina satu Emergency Fund sebagai backup anda selama mungkin 6 bulan.
  • Tidak kira anda bekerja sebagai apa, pastikan anda sentiasa memberikan yang terbaik.
  • Pelbagaikan sumber pendapatan anda.
  • Belajar untuk menggunakan wang anda kurang dari pendapatan bulanan anda.
  • Sekiranya semuanya kurang menjadi, tukar cara hidup anda. Belajar hidup cara besederhana. 

Thursday, November 24, 2011

Bagaimana kemelesetan ekonomi terjadi?

Assalamualaikum,

Asyik bercakap pasal emas je. Harini nak tulis berkaitan perkara asas dimana ianya memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju harga emas dunia. Maka, kita akan bercakap mengenai kemelesetan ekonomi dunia. 

* pix cartoonstock.com *


Apa itu kemelesetan ekonomi?

Kemelesetan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai penurunan ketara dalam aktiviti ekonomi yang berlarutan sehingga beberapa bulan lamanya. Dalam bahasa ekonominya ialah penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara atau pertumbuhan ekonomi sebenar yang negatif untuk dua atau lebih suku berturut-turut dalam setahun.

Kemelesetan ekonomi yang teruk atau panjang disebut sebagai Kemurungan Ekonomi (Economic Depression). Perkara paling buruk yang boleh terjadi pada sesebuah ekonomi itu yang disebabkan oleh depression yang teruk atau hyperinflasi dipanggil kejatuhan ekonomi (Economic collapse). 

Adakah Malaysia menuju kearah kemelesetan ekonomi? Kita tidak akan tahu sehinggalah ianya benar-benar terjadi. 


Apa yang menyebabkan kemelesetan ekonomi?

Sebenarnya sebab-sebab yang pasti menyebabkan kemelesetan ekonomi masih tidak diketahui. Namun ada beberapa sebab/penerangan tradisi berkaitan punca berlakunya kemelesetan ekonomi. Antaranya :

  • Kenaikan kadar faedah.
  • Keyakinan pengguna yang semakin pudar.
  • Firma-firma mengurangkan pengeluaran dan memberhentikan banyak pekerja disebabkan oleh permintaan yang semakin berkurangan. Ini menyebabkan ekonomi akan menjadi lembap.

Apa yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi?

1) Kadar pengangguran meningkat


* pix paschaldonohoe.ie *

Perkara paling ketara adalah kadar pengangguran. Semasa kemelesetan, sumbangan kepada ekonomi negara menurun. Walaupun terdapat ramai orang mencari pekerjaan diluar sana, tetapi mereka yang menawarkan pekerjaan adalah jauh lebih rendah.

2) Pasaran saham merudum


* pix darnmalaysia.com*


Semasa kemelesetan, kebanyakkannya bersikap konservatif. Mereka yang kehilangan pekerjaan, mereka yang mengalami kerugian didalam perniagaan, mereka perlukan wang untuk menampung kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka akan menjual saham mereka untuk dijadikan wang keperluan harian mereka atau membayar kerugian perniagaan mereka. Maka, pasaran saham akan merudum.

3) Harga tanah menjunam

* pix de.toonpool.com *

Kerana kurang permintaan dalam pasaran hartanah. Jika mereka tidak menjual saham mereka, mereka akan menjual/melelong rumah-rumah mereka. Senario ini menyebabkan mereka terpaksa menurunkan harga rumah mereka. Jika itu terjadi, ianya memberi peluang yang cerah untuk mereka memiliki rumah pada harga yang jauh lebih murah. Juga kadar lelongan yang jauh lebih rendah disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah.


Bagaimana kemelesetan ekonomi memberi impak kepada kehidupan seharian anda? Bersambung...