Assalamualaikum,
The Great Depression dah berlalu tapi keadaannya ada menyerupai keadaam ekonomi US sekarang. Mari kita fahami The Great Depression.
* pix thehiddenevil.com * |
The Great Depression : Satu tragedi yg amat besar yg melibatkan berjuta-juta rakyat Amerika dan mereka ini kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Dari detik itulah kerajaan Amerika mula melibatkan diri dalam ekonomi dan aktiviti kemasyarakatan secara keseluruhannya.
Tarikh : 1929 - awal 1940-an
Permulaan `Black Tuesday´
* pix bvapush.pbworks.com * |
Selepas hampir satu dekat berada dalam kemakmuran, Amerika Syarikat telah mengalami satu saat gelap yg dikenali dgn Black Tuesday pada 29 Oktober 1929 dimana pada hari itu harga pasaran saham jatuh teruk dan menjadi permulaan rasmi the great depression.
Oleh kerana pasaran saham merudum dan tiada tanda2 pemulihan, rakyat mula panik. Rakyat mula menjual saham mereka dan tiada yang membeli. Saham yg pada masa itu adalah alternatif untuk menjadi kaya, tiba2 menjadi penyebab kepada kemiskinan/muflis.
Pasaran saham yg merudum ini adalah hanya permulaan, diikuti dengan penutupan byk bank2 kerana mereka membuat pelaburan daripada simpanan pelanggan2 mereka. Bila bank mula tutup satu persatu, rakyat mula berpusu2 ke bank utk keluarkan wang mereka. Bila dah ramai yg keluarkan wang mereka, bank2 lain mula tutup. Yang lebih menyedihkan, MEREKA YANG TIDAK SEMPAT KELUARKAN WANG MEREKA SEBELUM BANK TUTUP, MEREKA INI SECARA LANGSUNG MENJADI BANKRUP.
Kemudian, perniagaan dan industri mula terjejas. Sbb mereka kehilangan byk modal samada oleh kejatuhan pasaran saham atau penutupan bank2, mereka mula memotong gaji pekerja.
Dan pengguna mula mengawal perbelanjaan mereka. Bila pengguna dah tak membeli, perniagaan kurang mengeluarkan hasil, menyebabkan ramai menjadi penganggur dan byk perniagaan ditutup.
Roosevelt dan The New Deal
* pix mirror.co.uk * |
Ekonomi Amerika yang hancur dan The Great Depression berlaku semasa pemerintahan President Herbert Hoover. Semasa pilihanraya president 1932, Hoover tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang menghadapi Franklin D. Roosevelt. Rakyat Amerika mempunyai harapan yg terlalu tinggi bahawa President Roosevelt akan menyelesaikan masalah itu.
Selepas Roosevelt ambil alih kepimpinan, beliau tutup semua bank dan hanya buka semual apabila keadaan mulai stabil. Dan seterusnya beliau memperkenalkan program2 baru yg dikenali sebagai The New Deal.
Antara yang popular adalah untuk membantu petani, AAA (Agricultural Adjustment Administration). CCC (Civilian Conservation Corps) dan WPA (Works Progress Administration), yang cuba membantu masalah pengangguran dengan mengambil mereka bekerja untuk pelbagai jenis projek.
Penamat kepada The Great Depression
Kepada rakyat Amerika pada masa itu, President Roosevelt adalah wira mereka. Tetapi tidak dpt dipastikan berapa byk New Deal yang ada untuk membantu rakyat Amerika keluar dari the great depression. Wlaupun Deals itu membantu Amerika, tetapi ekonomi Amerika masih begitu teruk menjelang akhir 1930-an.
Perkara yang paling penting meningkatkan tahap ekonomi Amerika adalah selepas serangan di Pearl Harbour dan penglibatan Amerika dalam Perang Dunia kedua. Selepas shj Amerika terlibat dalam peperangan, rakyat dan industri mula bekerja untuk membantu peperangan.