Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54.
Wednesday, August 31, 2011
Monday, August 29, 2011
Friday, August 26, 2011
Friday, August 19, 2011
The Great Depression - baca dan cuba kaitkan dengan keadaan sekarang
Assalamualaikum,
The Great Depression dah berlalu tapi keadaannya ada menyerupai keadaam ekonomi US sekarang. Mari kita fahami The Great Depression.
* pix thehiddenevil.com * |
The Great Depression : Satu tragedi yg amat besar yg melibatkan berjuta-juta rakyat Amerika dan mereka ini kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Dari detik itulah kerajaan Amerika mula melibatkan diri dalam ekonomi dan aktiviti kemasyarakatan secara keseluruhannya.
Tarikh : 1929 - awal 1940-an
Permulaan `Black Tuesday´
* pix bvapush.pbworks.com * |
Selepas hampir satu dekat berada dalam kemakmuran, Amerika Syarikat telah mengalami satu saat gelap yg dikenali dgn Black Tuesday pada 29 Oktober 1929 dimana pada hari itu harga pasaran saham jatuh teruk dan menjadi permulaan rasmi the great depression.
Oleh kerana pasaran saham merudum dan tiada tanda2 pemulihan, rakyat mula panik. Rakyat mula menjual saham mereka dan tiada yang membeli. Saham yg pada masa itu adalah alternatif untuk menjadi kaya, tiba2 menjadi penyebab kepada kemiskinan/muflis.
Pasaran saham yg merudum ini adalah hanya permulaan, diikuti dengan penutupan byk bank2 kerana mereka membuat pelaburan daripada simpanan pelanggan2 mereka. Bila bank mula tutup satu persatu, rakyat mula berpusu2 ke bank utk keluarkan wang mereka. Bila dah ramai yg keluarkan wang mereka, bank2 lain mula tutup. Yang lebih menyedihkan, MEREKA YANG TIDAK SEMPAT KELUARKAN WANG MEREKA SEBELUM BANK TUTUP, MEREKA INI SECARA LANGSUNG MENJADI BANKRUP.
Kemudian, perniagaan dan industri mula terjejas. Sbb mereka kehilangan byk modal samada oleh kejatuhan pasaran saham atau penutupan bank2, mereka mula memotong gaji pekerja.
Dan pengguna mula mengawal perbelanjaan mereka. Bila pengguna dah tak membeli, perniagaan kurang mengeluarkan hasil, menyebabkan ramai menjadi penganggur dan byk perniagaan ditutup.
Roosevelt dan The New Deal
* pix mirror.co.uk * |
Ekonomi Amerika yang hancur dan The Great Depression berlaku semasa pemerintahan President Herbert Hoover. Semasa pilihanraya president 1932, Hoover tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang menghadapi Franklin D. Roosevelt. Rakyat Amerika mempunyai harapan yg terlalu tinggi bahawa President Roosevelt akan menyelesaikan masalah itu.
Selepas Roosevelt ambil alih kepimpinan, beliau tutup semua bank dan hanya buka semual apabila keadaan mulai stabil. Dan seterusnya beliau memperkenalkan program2 baru yg dikenali sebagai The New Deal.
Antara yang popular adalah untuk membantu petani, AAA (Agricultural Adjustment Administration). CCC (Civilian Conservation Corps) dan WPA (Works Progress Administration), yang cuba membantu masalah pengangguran dengan mengambil mereka bekerja untuk pelbagai jenis projek.
Penamat kepada The Great Depression
Kepada rakyat Amerika pada masa itu, President Roosevelt adalah wira mereka. Tetapi tidak dpt dipastikan berapa byk New Deal yang ada untuk membantu rakyat Amerika keluar dari the great depression. Wlaupun Deals itu membantu Amerika, tetapi ekonomi Amerika masih begitu teruk menjelang akhir 1930-an.
Perkara yang paling penting meningkatkan tahap ekonomi Amerika adalah selepas serangan di Pearl Harbour dan penglibatan Amerika dalam Perang Dunia kedua. Selepas shj Amerika terlibat dalam peperangan, rakyat dan industri mula bekerja untuk membantu peperangan.
Saturday, August 13, 2011
Lagi berita Emas - Gandakan nilai harta dengan melabur emas
Assalamualaikum,
Kenaikan emas yang mendadak sejak 3 minggu lepas banyak membuka mata masyarakat akan kepentingan menyimpan emas. Emas adalah aset kekal yang sepenuhnya kalis inflasi. Mungkin ramai yang telah melabur dlm emas 5 tahun yang lalu sekiranya mereka tahu harga emas akan naik dari AS$520 ke AS$1800 pada hari ini. Dan tidak mustahil sekiranya emas akan naik sekali ganda 5 tahun akan datang.
Ikuti petikan dari akhbar Utusan Malaysia Online bertarikh 13/8/2011 ini.
PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.
Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.
Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.
Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.
Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.
Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.
Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.
Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.
Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.
Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.
Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.
Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.
Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.
Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.
Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.
Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.
Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.
Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.
Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.
Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.
Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.
Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.
Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.
Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas
Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur
(kini Bursa Malaysia)
*sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Sunday, August 7, 2011
Apa sebenarnya Hutang Negara US / US National Debt ???
Assalamualaikum,
Nampaknya saya diberi kesempatan untuk mula menulis tentang perkara2 yg membawa kepada kenaikan harga emas dunia yang dah tak dpt nak jangka sampai hari ini. Harga emas memang naik setiap tahun tapi disebabkan perkara ini, kenaikan harga emas sedikit tercepat dari yang selalunya.
Semuanya bermula apabila debt ceiling US telah sampai ke tarikh penamatnya. Apa yang kerajaan US perlu buat? Debt limit, debt ceiling, national debt, semua tu term2 yang berkaitan dengan keadaan ekonomi US sekarang.
Apa tu US National Debt??
Public Debt ada 3 bhgn :
- Debt held by public : terdiri dari sekuriti persekutuan yg consist dari individu atau institusi di luar dari kerajaan US.
- Intragovernmental Holdings : contoh OASI Trust Fund.
- Total Public Debt Outstanding : terdiri dari kedua2 diatas.
Dah paham tak? Mungkin ade yg masih garu kepala. Ape kaitan dengan harga emas?? Hmmm...kita sambung kat bwh ni.
Sekarang hutang US dah naik ke $14 trillion dan hampir 2/3 daripadanya adalah held by public dan selebihnya dari intragovernmental holdings.
Hutang US adalah yang tertinggi didunia. Mcm mane tu? Sbb negara2 yg beli Treasury bÃlls dari US cthnya Jepun dan China masih yakin yang US akan membayar balik hutang2 mereka.
Dari tahun 2000 smpi 2007, hutang US dah naik 50% dari 6 trillion kpd 9 trillion. Dan pada 2008, hutang US semakin parah dgn bailout sejumlah 700 billion.
Hutang dah semakin besar, sape pulak dalang disebalik pembesaran hutang2 ni?? Menurut pendapat saya ianya mungkin disebabkan oleh si Presiden Bush tu la. Hutang2 US ni dikumpulkan dari budget deficit dan dia potong dari tax cut policy dari tahun ke tahun. Nmpk mcm cerdik. Short term mmg la nmpk bagus, tapi long term mmg akan bwk masalah. Nape? Sbb mcm mane nk survive klau duit yg keluar tu lagi byk dari yg masuk. Kire mcm tambah bala dan mengarah ke bankrup la senang cite.
Menurut apa yang Obama cakap, US ada budget surplus pada tahun 2000 (ianya digunakan utk byar balik hutang2 US), tapi sbb ianya dah digunakan utk tax cuts, dlm 2 peperangan dan expensive prescription drug program, maka hutang2 negara pon senang2 je bertambah.
---bersambung
---bersambung
Saturday, August 6, 2011
Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi
Assalamualaikum,
Korea Selatan buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad mengambil langkah membuat pembelian emas hampir AS$ 1 billion untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara itu.
Walaubagaimanapun, Korea jauh ketinggalan jika dibandingkan dgn bank-bank pusat dunia dengan China menduduki tangga keenam dgn 1,054.1 tan dan Amerika Syarikat simpanan emas terbesar dgn 8,133.5 tan.
* pix owninggold.com * |
Ikuti petikan dari Akhbar Utusan Malaysia Online yg disiarkan pada 2 Ogos lalu :
SEOUL 2 Ogos - Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.
Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).
Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu,
meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.
Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia - dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
''Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,'' kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab.
Berikut adalah senarai negara-negara yang menyimpan emas didunia.
Tuesday, August 2, 2011
Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun
Assalamualaikum,
Dah lama tak update dan bercerita akan berita2 terkini dunia emas. Memang ada berita pasal berkaitan debt limit US. Tapi itu saya simpan dulu utk beri laluan kepada artikel yg dipetik dari akhbar Berita Harian Online berkaitan harga emas tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)